Wacana Fikrah Ummah Siri Keempat anjuran Bahagian Majalah DBP telah diadakan baru-baru ini di dewan seminar Dato’ Hassan Ahmad. Wacana kali ini menampilkan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Timbalan Naib Canselor INTI – Laureate International University. Tajuk wacana – “Pembinaan Prinsip Perjuangan Bahasa: Pengembaraan yang Mencabar”

Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan anjuran Bahagian Penguatkuasaan DBP telah diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad. Wacana yang diisi dengan “Dialog Bahasa Kebangsaan – Bahasa Membina Negara” adalah kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Yayasan Tamil Malaysia.

Majlis Anugerah Anak Cemerlang DBP 2013 telah diadakan pada 5 Jun 2014 di Dewan Bankuet, DBP. Seramai 39 orang anak-anak staf DBP yang cemerlang dalam peperiksaan bagi tahun 2013 dipilih menerima anugerah. Majlis ini dianjurkan oleh Biro Pendidikan, Badan Keluarga DBP dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Prof. Dr. Zaharani Ahmad.

Prof. Dato’ Dr. Mohd. Othman Haji Yusof ketika menyampaikan Wacana Intelektual: Falsafah Sains Tauhidik di Sanggar Za’ba, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 20 Jun 2014.

Acara Santai Pagi Minggu di Kediaman Sasterawan Negara, Dato’ Baha Zain telah berlangsung dalam suasana yang penuh silaturahim, dalam kawasan perumahan yang sangat alamiah. Acara di Taman Permai Jaya, Gombak itu dianjurkan oleh Persatuan Suri Rabitah taman berkenaan. Acara jualan bagi memungut dana tabung persatuan dimeriahkan dengan penyampaian deklamasi puisi oleh para sasterawan tanah air. Turut hadir, Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP.

Ulasan Buku “Gaya Hidup Sihat Mengatasi Obesiti” oleh Dr. Norsa’adah Bachok

Kategori: Promosi, TV DBP

Animasi “Seperti Sembunyi Puyuh, Kepala Tersungkur Ekor Kelihatan”

Kategori: Animasi, TV DBP

Animasi “Memberi Barang ke Tangan Kera”

Kategori: Animasi, TV DBP
  • Arkib

  • Statistik

    1049656
    Visit Today : 501
    This Month : 32255
    Total Visit : 1049656
    Hits Today : 3550
    Total Hits : 4308311
    Who's Online : 9
  • Kategori