Acara Santai Pagi Minggu di Kediaman Sasterawan Negara, Dato’ Baha Zain telah berlangsung dalam suasana yang penuh silaturahim, dalam kawasan perumahan yang sangat alamiah. Acara di Taman Permai Jaya, Gombak itu dianjurkan oleh Persatuan Suri Rabitah taman berkenaan.
Acara jualan bagi memungut dana tabung persatuan dimeriahkan dengan penyampaian deklamasi puisi oleh para sasterawan tanah air. Turut hadir, Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP.