MAJLIS pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 14 Oktober 2014 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Songket Malaysia melambangkan keanggunan dan kehalusan seni tenunan Melayu yang mula dipakai oleh golongan bangsawan sejak zaman dahulu lagi. Kini, songket dipakai oleh rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis tertentu seperti perkahwinan, sebagai perhiasan dan persembahan. Keunikan dan kecantikan motif corak songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik yang agung. Bagi pemakai pula, ia memperlihatkan seseorang itu kelihatan menarik dan mewah.

Wacana Fikrah “Manusia Beradab ke Arah Modenisasi Alternatif” oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud (Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban - CASIS) pada 18 September 2014.

Wacana “Pembangunan Sistem Kewangan Islam: Sejarah, Potensi dan Cabaran”  oleh YBhg. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki yang disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 17 Julai 2014.

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah dan Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 telah berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Jun 2014. Pertandingan ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.  Penyertaan pertandingan ini melibatkan sekolah-sekolah pelbagai peringkat di seluruh Negara.  Kategori yang dipertandingkan ialah sajak, syair dan pertandingan sahibba sekolah rendah dan menengah. 

Ikuti video Bicara Karya: Siri Kemahiran Berbahasa – 16 Judul oleh Puan Ruziati binti Abdul Rani, Editor Bahagian Buku Bahasa, DBP.

Kategori: Promosi, TV DBP

Ikuti video Bicara Karya: Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Puan Rosmiza binti Ismail, Editor Bahagian Buku Bahasa, DBP.

Kategori: Promosi, TV DBP

Festival Bahasa dan Sastera 2014 diadakan pada 26-27 Jun 2014, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

  • Arkib

  • Statistik

    1053676
    Visit Today : 621
    This Month : 1929
    Total Visit : 1053676
    Hits Today : 1910
    Total Hits : 4325428
    Who's Online : 11
  • Kategori