Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah dan Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 telah berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Jun 2014. Pertandingan ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyertaan pertandingan ini melibatkan sekolah-sekolah pelbagai peringkat di seluruh Negara. Kategori yang dipertandingkan ialah sajak, syair dan pertandingan sahibba sekolah rendah dan menengah.