Laras bahasa ialah variasi bahasa menurut penggunaan yang dihubungkan dengan sesuatu keadaan atau situasi yang berbeza-beza berdasarkan tajuk pembicaraan, hubungan antara pembaca dan situasi pembicaraan. Laras bahasa undang-undang agak unik kerana biasanya mengandungi frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain.

Kategori: Bicara, Featured

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Karnival Citra Bahasa dari 20 hingga 23 April 2017 yang lalu. Karnival ini terbuka kepada mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia dan juga para pelajar sekolah menengah.

Kategori: Berita, Featured

PADA 3 Mei 2017 yang lalu, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Informatif Kanak-kanak DBP di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sebanyak tujuh siri buku dilancarkan iaitu Siri Keselamatan, Siri Bacaan Moral, Siri Pendidikan Adab dan Akhlak, Siri Cerita Saya dan Kawan-kawan, Buku Bergambar Kanak-kanak, Siri Haiwan Kecil, dan Siri Saya Sayang Badan Saya. Kesemua siri ini berjumlah 39 judul, yang ditulis oleh 13 orang penulis.

Kategori: Berita, Featured

Anak seorang buruh di salah sebuah syarikat pemborong barang-barang runcit di Tanjong Malim ini telah melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras pada tahun 1980 hingga 1981. Selepas tamat pengajiannya, mulai tahun 1982 hingga 1988, Chai Loon Guan mengajar di Sekolah Menengah Dato’ Bendahara CM Yusuf, Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan. Dari tahun 1989 hingga 1992 beliau berpindah dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai, Sungkai, Perak Darul Ridzuan.

Kategori: Bakat, Featured, Tokoh

TAHUN 2017 merupakan tahun kesepuluh penganjuran Program Pembinaan Bakat Siswa, atau nama sebelum ini dikenali sebagai Akademi Sastera. Program ini merupakan antara program tahunan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. Pada tahun ini, DBP mendapat kerjasama baharu daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Pusat Belia Antarabangsa untuk melaksanakannya.

Kategori: Berita, Featured

Sebanyak 22 buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertemakan perubatan telah dilancarkan di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Seramai 42 orang penulis yang menghasilkan buku perubatan ditulis sama ada secara perseorangan atau secara berkumpulan ini terdiri dalam kalangan pakar perubatan dan ahli akademik daripada enam buah IPTA dan dua buah hospital.

Kategori: Berita, Featured

Dalam kebanyakan sektor kehidupan, fungsi BM sudah diambil alih oleh bahasa Inggeris (BI) atau bahasa lain atas tuntutan ekonomi. BM dikatakan tiada nilai ekonomi walhal semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, BM digunakan dalam semua bidang – komunikasi, undang-undang, politik dan ekonomi. Jadi, apa hujah yang dapat menafikan “nilai ekonomi” BM?

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Sastera khususnya puisi berupaya menjadi wadah yang menggabungkan kekuatan intelektual dan emosi dalam mengungkapkan mesej besar peradaban manusia. Dalam konteks Malaysia, puisi bukan sahaja menjadi warisan tradisi bangsa, bahkan dimanfaatkan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dalam negara menuju kemajuan akal budi serta material.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1052375
    Visit Today : 628
    This Month : 628
    Total Visit : 1052375
    Hits Today : 2923
    Total Hits : 4320869
    Who's Online : 10
  • Kategori