Anda dipelawa menulis rencana untuk disiarkan dalam laman Klik Web DBP – http://klikweb.dbp.my

Butiran rencana adalah seperti yang berikut:

1. “Berita”

Tulisan  berkaitan aktiviti dan kegiatan bahasa, sastera, seni dan budaya. Panjang antara 900 hingga 1200 patah perkataan.

2. “Bicara”

Tulisan  berkaitan dengan cadangan untuk memperkukuh bahasa, sastera dan persuratan Melayu. Anda juga boleh mengutarakan isu semasa yang berkaitan dengannya. Panjang antara 900 hingga 1200 patah perkataan.

3. “Puji & Tegur”

Tulisan berkaitan dengan penyalahgunaan/pengabaian bahasa Melayu pada papan tanda, nama kedai, nama tempat atau paparan media. Panjang antara 500 hingga 600 patah perkataan. Sila lampirkan foto yang berkaitan.

4. “Buku”

Ulasan buku terbitan DBP. Panjang antara 800 hingga 1000 patah perkataan.

5. “Seni Budaya”

Rencana seni persembahan rakyat yang semakin terpinggir. Panjang antara 500 hingga 600 patah perkataan. Sila lampirkan foto yang berkaitan.

6. “Bakat”

Rencana tentang tokoh/penulis/sasterawan/budayawan yang mempunyai bakat dalam bidangnya,  latar belakangnya, dan kejayaannya. Lampirkan foto yang berkaitan.

Rencana hendaklah ditulis dalam format Microsoft Word, menggunakan font Arial, saiz 12 point dan langkau 2 baris, manakala foto dalam format *.jpeg. Hanya rencana yang dihantar melalui e-mel akan dipertimbangkan.

Setiap rencana yang terpilih untuk disiarkan tertakluk pada dasar penerbitan DBP. Rencana yang terpilih juga akan dibayar honorarium mengikut kadar bayaran DBP.

Sila sertakan butiran berikut dalam setiap rencana yang dikirim:

1. Nama penuh mengikut kad pengenalan.

2. Alamat surat-menyurat.

3. Nombor kad pengenalan.

4. Nombor dan nama akaun bank.

5. Alamat e-mel.

6. No. Telefon.

7. Surat akuan bahawa tulisan tersebut adalah tulisan asal dan tidak pernah disiarkan di mana-mana ruangan lain.

Rencana yang tidak disertakan dengan butiran yang disebut di atas tidak akan dipertimbangkan untuk penyiaran.

Hantarkan tulisan anda kepada Mohd Faizal Rus Rzerli; faizal@dbp.gov.my, Muhamad Rafiq Abdul Rahman; rafiq@dbp.gov.my atau Nur Hazirah Mohammad Fuad; hazirah@dbp.gov.my.

Selamat menulis!

  • Arkib

  • Statistik

    1043515
    Visit Today : 1379
    This Month : 26114
    Total Visit : 1043515
    Hits Today : 5079
    Total Hits : 4284674
    Who's Online : 13
  • Kategori