Oleh NORAZLINDA MISRAN

PADA 22 Jun 2016, genaplah 60 tahun penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jika diimbau kenangan lalu akan perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara, DBP menyongsong kelangsungan kewujudannya bersama keringat dan air mata. Generasi demi generasi yang mengisi tempat dalam menggalas tanggungjawab melaksanakan fungsi dan peranan dengan penuh amanah dan bersemangat sejak dulu hingga kini.

Sehubungan itu pada 21 Jun 2016 yang lalu, DBP telah mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun DBP ke-60, Pelancaran Pelan Strategik DBP 2016-2020 (Bahagian Dasar dan Perancangan), Penyampaian Anugerah Perkhidmatan DBP dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP 2015.

YB Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia ketika menyampaikan ucapan perasmian.

YB Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia di Auditorium DBP. Dalam ucapannya, beliau menyeru kepada seluruh warga DBP agar sentiasa bersiap siaga, merapatkan barisan, mengemudikan hala tuju DBP sebagai gedung ilmu. Beliau juga berharap agar DBP menjadi mercu tanda kejayaan dan kekuatan tradisi keilmuan bahasa Melayu selain menjadi tempat untuk orang bercakap tentang kehebatan isu-isu bahasa dan persuratan Melayu.

Pelancaran Pelan Strategik DBP 2016-2020 (Bahagian Dasar dan Perancangan).

Pelancaran Pelan Strategik DBP 2016-2020 (Bahagian Dasar dan Perancangan).

Menurut Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Abdul Adzis Abas dalam ucapan alu-aluannya beliau menyatakan bahawa tahun demi tahun DBP diwarnai dengan sejarah yang panjang dan penuh dengan cabaran. Sejarah berlalu dan sesuai dengan dinamisme masyarakat yang mendukungnya, DBP masih berdiri sebagai benteng kekuatan negara bangsa.

Penerima Anugerah Perkhidmatan 37 Tahun beramah mesra dengan YB Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Penerima Anugerah Perkhidmatan 37 Tahun beramah mesra dengan YB Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Pelan Strategik DBP 2016-2020 yang dilancarkan pula mengandungi pelbagai program dan projek yang akan dilaksanakan dengan strategik dan pendekatan baharu yang bersesuaian dengan cabaran masa kini, khususnya bagi memastikan usaha memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perpaduan, serta bahasa tamadun tinggi mencapai matlamatnya.

Dalam majlis ini seramai 56 orang penerima Anugerah Perkhidmatan dan 69 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diraikan. Semoga anugerah yang diterima ini memberi dorongan kepada semua untuk terus berkhidmat dengan penuh ikhlas demi agama, bangsa dan negara.

En. Hassan Alias, Editor Klik Web DBP turut menerima Anugerah Perkhidmatan 30 tahun.

En. Hassan Alias, Editor Klik Web DBP turut menerima Anugerah Perkhidmatan 30 tahun.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1047533
    Visit Today : 1149
    This Month : 30132
    Total Visit : 1047533
    Hits Today : 3400
    Total Hits : 4298202
    Who's Online : 4
  • Kategori