Judul : Pengenalan Sains Tauhidik
Penulis : Mohd Yusof Hj. Othman
Harga : RM40.00
Tahun : Cetakan Kedua 2016
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
BUKU ini mengupas persoalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat, antaranya tentang sains dan masyarakat, tentang sains dan agama, tentang ibadah yang dilakukan oleh umat Islam melalui penerangan saintifik, tentang isu yang berkaitan dengan atom, pembentukan cakerawala, dan kejadian manusia dan alam. Persoalan ini jika dijelaskan secara saintifik akan dapat meningkatkan keyakinan, ketakwaan dan keimanan.
Buku yang menggunakan pendekatan tanya dan jawab ini berjaya mengupas idea sains tauhidik yang diketengahkan oleh penulis, iaitu pendekatan untuk memahami tabii alam, sama ada alam fizikal, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan dan manusia yang berpaksikan ajaran agama. Buku ini akan membantu pembaca mencari penyelesaian terhadap kekusutan dan kesalahfahaman tentang sains dan agama.
Penulis, Profesor Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman merupakan pensyarah bidang fizik dan kini menyandang jawatan Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini memenangi tempat kedua Hadiah Karya Ilmiah Terbaik 2015.