baha

Judul              :           Baha Zain: Merenangi Dua Lautan

Penulis           :           Lim Kim Hui

Harga             :           RM35.00

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

PENULIS biografi membentuk naratif untuk dua tujuan, iaitu mempersembahkan kehidupan orang lain dan menjadikan kehidupan tersebut sebagai sesuatu yang melampaui kehidupan itu sendiri – sesuatu periode sejarah, sebuah kumpulan sosial, atau sesuatu pencapaian khusus (sama ada dihormati atau sebaliknya). Biografi boleh bersifat simpatetik atau tidak simpatetik terhadap subjek yang dibincangkan.

Biografi bukan sekadar senarai fakta peribadi. Biografi memberikan tumpuan terhadap pembentukan dan pembinaan sejarah peribadi seseorang dengan meletakkannya dalam kontek sejarah, sosial dan politik yang lebih besar. Pendekatan penulisan biografi daripada perspektif sosiologi ini memberikan perhatian terhadap “imaginasi sosiologi”, yang bermaksud meneliti seseorang tokoh jauh melampaui riwayat hidupnya dengan memahami bagaimana kuasa struktural berjaya membentuk individu dan tindakannya.

Dengan menggunakan perspektif sossiologi, buku biografi sastera ini berusaha merakamkan perjalanan, pemikiran dan liku-liku hidup Baha Zain yang berwarna-warni, baik sebagai seorang penulis, pegawai kerajaan, penerbit, pemblog mahupun pejuang bahasa. Imej-imej Baha tentang realiti dan impian, perempuan dan bayang-bayang, siang dan malam, desa dan kota, topeng-topeng dan wajah sebenar membawa pembaca berdansa dan bermain di atas pentas kreatifnya.

Buku ini sesuai dimiliki oleh pengkaji, pelajar dan sesiapa sahaja yang meminati penulisan biografi khususnya dan sastera Melayu umumnya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049107
    Visit Today : 1425
    This Month : 31706
    Total Visit : 1049107
    Hits Today : 5371
    Total Hits : 4304417
    Who's Online : 19
  • Kategori