Oleh NORAZLINDA MISRAN

PELANCARAN buku Asas Kejuruteraan Awam telah disempurnakan oleh Sultan Pahang pada 23 April 2016 yang lalu di Sekolah Menengah (SM) Teknik Kuantan, Pahang. Majlis tersebut diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.

Pelancaran buku Asas Kejuruteraan Awam telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pelancaran buku Asas Kejuruteraan Awam oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Yang turut kelihatan YB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang (kiri sekali).

Buku Asas Kejuruteraan Awam, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ditulis oleh Mohd. Effendi Jamlos, Guru Cemerlang mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam SM Teknik Kuantan.

Sebelum bergelar guru, penulis merupakan jurutera awam yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan jalan raya, bangunan sekolah dan sistem pembersihan (rawatan kumbahan).

Penyampaian cenderamata kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Penyampaian cenderamata kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang oleh Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP.

Buku yang ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam ini memberikan penekanan terhadap pemahaman konsep penting, prosedur amali dan aspek pengiraan. Penggunaan gambar dan grafik dapat membantu meningkatkan pemahaman pembaca dengan lebih baik.

Majlis penyerahan replika buku yang telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang kepada Pengetua SM Teknik Kuantan, Tuan Haji Miftah Haji Surif.

Majlis penyerahan replika buku yang telah ditandatangani oleh  Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang kepada Pengetua SM Teknik Kuantan, Tuan Haji Miftah Haji Surif.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan, terutama bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di SM Teknik, pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan, pelajar jurusan kejuruteraan awam di institut pengajian tinggi seperti politeknik dan matrikulasi teknikal, pelajar peringkat menengah rendah dan masyarakat umum. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai bahan bacaan umum bagi meningkatkan pengetahuan dan menyemai minat terhadap kejuruteraan awam.

Bergambar kenangan bersama-sama penulis buku, Mohd. Effendi Jamlos (baju merah).

Bergambar kenangan bersama-sama penulis buku, Mohd. Effendi Jamlos (baju merah).

Pada sebelah petang pula, telah diadakan majlis penyerahan replika buku yang telah ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang kepada Pengetua SM Teknik Kuantan, Tuan Haji Miftah Haji Surif. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043500
    Visit Today : 1364
    This Month : 26099
    Total Visit : 1043500
    Hits Today : 5009
    Total Hits : 4284604
    Who's Online : 10
  • Kategori