Oleh HASSAN ALIAS

Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP

Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP.

KEDUDUKAN bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia telah diperuntukkan dengan jelas di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara, Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan.

Penggunaan bahasa kebangsaan di mahkamah telah ditegur oleh pelbagai pihak sebagai tidak memuaskan. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pernah menyatakan bahawa penggunaan bahasa di mahkamah tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris.

Encik Steven Thiru, Yang Dipertua Majlis Peguam Malaysia.

Encik Steven Thiru, Yang Dipertua Majlis Peguam Malaysia.

Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan Pindaan (1990) memperuntukkan bahawa:
“Segala prosiding (melainkan keterangan yang diberikan oleh saksi) dalam Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dijalankan dalam bahasa kebangsaan”.

Susulan daripada itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Peguam Malaysia (MPM) mengambil inisiatif untuk melaksanakan Pertandingan Perbicaraan (Mooting) Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Objektif pertandingan adalah untuk:
1. Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam bidang kehakiman dan undang-undang di negara ini.
2. Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan peguam muda, pelatih dalam kamar dan pelajar undang-undang Universiti Awam dan Universiti Swasta.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
Kategori A
1. Terbuka kepada semua pelajar prasiswazah undang-undang.

Tuan Haji Abdul Adzis Abas menyampaikan hadiah kepada pasukan Jawatankuasa Peguam Pahang, juara Kategori B

Tuan Haji Abdul Adzis Abas menyampaikan hadiah kepada pasukan Jawatankuasa Peguam Pahang, juara Kategori B.

Kategori B
1. Terbuka kepada pelatih dalam kamar (pupil in chambers) dan peguam muda (maksimum dua tahun pengalaman).

Pertandingan Akhir Perbicaraan (Mooting) Peringkat Kebangsaan 2016 diadakan di Fakulti Undang-undang, UKM pada 17 April 2016. Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Encik Steven Thiru, Yang Dipertua MPM dan Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP.

Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Haji Abdul Adzis menyatakan bahawa Akta 1993 dan 1967 menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang mesti digunakan bagi urusan maksud rasmi dan menghendaki supaya teks dan rang undang-undang dan akta Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri disediakan dalam bahasa kebangsaan. Walaupun begitu, hal ini tidak berlangsung sepenuhnya seperti yang dihasratkan oleh Perlembagaan negara.

“Setelah 59 tahun negara mencapai kemerdekaan, masyarakat masih dihimpit dengan isu-isu debat sosial dan politik tentang kerelevanan bahasa Melayu sebagai identiti negara, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Bahasa Melayu diperkotakkatikkan kedaulatannya seyogia tempoh 59 tahun ialah tempoh yang cukup mantap untuk membentuk negara yang bersatu padu, kukuh dan mempunyai identiti yang jelas nyata,” katanya lagi.

Encik Steven Thiru pula dalam ucapannya menyatakan bahawa Majlis Peguam Malaysia bersedia untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa Melayu pada masa akan datang selaras dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pertandingan tersebut berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan. Setiap pasukan berusaha melaksanakan “perbicaraan” menggunakan bahasa Melayu yang baik, betul dan berkesan.

Pasukan Universiti Malaya A, juara Kategori A.

Pasukan Universiti Malaya A, juara Kategori A.

Tuan Haji Abdul Adzis sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada penghujung majlis.

Yang berikut kedudukan peserta pertandingan Kategori A:
1. Tempat Pertama: Kumpulan Universiti Malaya A
2. Tempat Kedua: Kumpulan Universiti Malaya B
3. Tempat Ketiga: Universiti Teknologi Mara
4. Tempat Keempat: Universiti Kebangsaan Malaysia

Yang berikut kedudukan peserta pertandingan Kategori B:
1. Tempat Pertama: Jawatankuasa Peguam Pahang
2. Tempat Kedua: Jawatankuasa Peguam Terengganu
3. Tempat Ketiga: Jawatankuasa Peguam Selangor

Suasana "perbicaraan" di dalam mahkamah.

Suasana “perbicaraan” di dalam mahkamah.

Para pemenang menerima hadiah seperti yang berikut:
1. Pertama: RM3,000.00 dan sijil penghargaan
2. Kedua: RM2,000.00 dan sijil penghargaan
3. Ketiga: RM500.00 dan sijil penghargaan
4. Keempat: RM500.00 dan sijil penghargaan


Klik untuk ucapan KP DBP

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013627
    Visit Today : 890
    This Month : 32972
    Total Visit : 1013627
    Hits Today : 2987
    Total Hits : 4135092
    Who's Online : 7
  • Kategori