Oleh NURDIANA MOHD NUR

Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016,  Malim Ghozali Pk.

Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016, Malim Ghozali Pk.

Ketokohan dan kehebatan dalam bidang penulisan dan sastera telah menaikkan nama Malim Ghozali Pk apabila beliau menerima anugerah S.E.A. Write Award (Malaysia) pada tahun 2013 di Bangkok, Thailand. Penglibatan beliau dalam dunia penulisan sastera kian mendapat perhatian apabila dinobatkan sebagai Sasterawan Perak ke-3 pada tahun 2014 oleh Kerajaan Negeri. Dan, nama tokoh hebat ini semakin dikenali apabila beliau dicalonkan bagi Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016 menerusi karya terjemahannya Tree of Sorrow yang diterjemah daripadanovel Luka Nering terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sehubungan dengan itu, pada 10 Mac 2016 yang lalu, bertempat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), telah diadakan Majlis Bicara Karya Tree of Sorrow: Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016, karya Malim Ghozali Pk. Majlis ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Malaya (UM) dan Akademi Pengajian Melayu (APM).

Majlis yang diadakan ini adalah untuk mempromosikan karya Malaysia yang dicalonkan ke ASAD 2016 yang menepati standard kesusasteraan peringkat dunia. ASAD 2016 ialah anugerah yang dianjurkan oleh Dublin City Council bagi novel yang ditulis dalam bahasa Inggeris atau novel yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 2016, anugerah ini memasuki tahun ke-21 penganjurannya.

Pengarah APM, UM, Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan menyampaikan ucapan alu-aluan.

Pengarah APM, UM, Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan menyampaikan ucapan alu-aluan.

ASA_4161

Tuan Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP ketika menyampaikan ucapan.

Majlis bicara karya ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah APM, UM, Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Dalam ucapan, beliau berharap agar majlis ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan kerjasama yang terjalin antara DBP dan APM dapat diteruskan dalam program-program yang lain. Seterusnya, Tuan Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP yang mewakili Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP turut menyampaikan ucapan.

Majlis bicara karya ini menampilkan Prof. Dr. Abdul Rahman Napiah atau dikenali sebagai Mana Sikana, sebagai pembicara, dan Prof. Dr. Mokhtar Abu Hassan selaku moderator.

Prof. Dr. Abdul Rahman Napiah atau dikenali sebagai Mana Sikana, sebagai pembicara dalam majlis tersebut.

Prof. Dr. Abdul Rahman Napiah atau dikenali sebagai Mana Sikana, sebagai pembicara dalam majlis tersebut.

Menurut Abdul Rahman Napiah, novel Tree of Sorrow, karya terjemahan daripada karya asalnya, Luka Nering merupakan novel Malim Ghozali Pk yang membawa gaya naratif yang kuat dan mempesonakan. Novel ini mengandungi unsur-unsur magis dan realisme, dapat membangkitkan emosi dan daya fikir khususnya dalam konteks persejarahan tanah air.

Beliau turut menegaskan bahawa terdapat nilai-nilai moral dalam karya ini. Antaranya ialah percintaan luar biasa – kesetiaan anak raja, nilai kekeluargaan (dalam istana), serta persahabatan antara raja dan kakitangan hospital.

Majlis ini diharapkan bukan sahaja dapat mempromosikan pengkarya dan novel terbitan DBP, malah dapat mengetengahkan karya yang bermutu kepada masyarakat umum sehingga ke peringkat antarabangsa. Seterusnya memberi semangat kepada pengkarya lain untuk terus memajukan diri dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043379
    Visit Today : 1243
    This Month : 25978
    Total Visit : 1043379
    Hits Today : 4395
    Total Hits : 4283990
    Who's Online : 7
  • Kategori