KEPIMPINAN

Judul              :             Kepimpinan dan Kepatuhan dalam Pengurusan Insaniah Berdasarkan Sirah

                                     Nabawiyah

Penulis           :            Che Nurmahirah Che Ghaffar

Harga             :            RM 20.00

Tahun             :            2015

Penerbit         :            Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU ini memfokuskan kepimpinan dan kepatuhan dalam pengurusan insaniah Rasulullah SAW yang diterokai menerusi naskhah sirah Raheeq Al-Makhtum. Tumpuan kepada aspek kepimpinan dan kepatuhan dalam pengurusan insaniah Rasulullah SAW diteliti memandangkan Rasulullah SAW merupakan contoh realiti yang mendukung kepimpinan dan kepatuhan yang ideal. Keagungan dan kehebatan Rasulullah SAW dapat diselami dari sudut kepimpinan baginda dalam mengurus manusia. Maka, buku ini sedikit banyak dapat membantu pemimpin sesebuah institusi pada masa kini supaya mengimplementasikan kepimpinan yang ditonjolkan Rasulullah SAW terhadap pengikut baginda.

Buku ini mengupas kepimpinan dan kepatuhan dalam pengurusan insaniah Rasulullah SAW yang digali menerusi kisah-kisah dalam sirah. Sehubungan dengan hal itu, buku ini disasarkan kepada pengurus atau pemimpin dalam sesebuah institusi, ahli akademik, pelajar universiti, para penyelidik dan golongan masyarakat yang berminat menyelami sisi kepimpinan dan kepatuhan dari aspek pendekatan dan bentuk komunikasi Rasulullah SAW.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1047480
    Visit Today : 1096
    This Month : 30079
    Total Visit : 1047480
    Hits Today : 3167
    Total Hits : 4297969
    Who's Online : 14
  • Kategori