Oleh NORAZLINDA MISRAN

SEKRETARIAT Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan (Sekretariat) di Jabatan Komunikasi Strategik, Bank Negara Malaysia (BNM), telah memainkan peranan utama dalam meningkatkan nilai ekonomi serta kualiti bahasa kebangsaan dalam sektor kewangan supaya penggunaannya lebih meluas dan berkesan.

MSS_0254(e)

Johan Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor BNM, Mohd Hassanal Mohd Razib dari Danajamin Nasional Berhad

Sebagai Sekretariat, BNM telah dan sedang menjalankan pelbagai aktiviti kebahasaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam sektor kewangan. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Kewangan (KBM), bengkel pidato, dan pertandingan Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor BNM. Bengkel pidato ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang penggunaan laras bahasa teks dan teknik persembahan pidato yang berkesan, sekali gus sebagai persediaan kepada para peserta untuk menyertai pertandingan pidato ini.

Pada 11 Jun 2015 yang lalu, pertandingan akhir Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor BNM telah diadakan di Kuala Lumpur. Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil  bakat dan kemahiran serta membina keyakinan diri dalam kalangan staf institusi kewangan supaya lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan. Selain itu, pertandingan ini diharapkan akan dapat memupuk rasa bangga dan kecintaan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pertandingan ini dianjurkan oleh BNM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2009. Tahun 2015 merupakan tahun ketujuh pertandingan ini dianjurkan. Sejumlah 12 orang peserta terbaik daripada 66 orang peserta yang sedang berkhidmat dengan institusi kewangan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh Mohd Hassanal Mohd Razib dari Danajamin Nasional Berhad dengan tajuk pidato Bijak Urus Wang, Kunci Bebas Hutang. Johan memenangi hadiah wang tunai RM 5000.00, piala pusingan, piala iringan, sijil dan buku terbitan DBP. Naib johan ialah Mohd Afiffi Zahari dari Zurich Insurance Malaysia Berhad dengan pidatonya yang berjudul Kepentingan Usaha-usaha Membanteras Rasuah. Beliau memenangi hadiah wang tunai RM3000.00, piala iringan, sijil dan buku terbitan DBP. Tempat ketiga disandang oleh Abd Jabbar Mukhlis Mohd Noor dari Bank Rakyat dengan pidato yang berjudulKepentingan Insurans dan Takaful kepada Pengguna yang memenangi hadiah wang tunai RM 2000.00, piala iringan, sijil dan buku terbitan DBP.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Muhammad Ibrahim, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, dan Prof. Dr. Zaharani Ahmad,  Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DBP.

MSS_0399(e)1

Para peserta bergambar kenangan bersama tetamu kehormat

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050767
    Visit Today : 80
    This Month : 33366
    Total Visit : 1050767
    Hits Today : 189
    Total Hits : 4314650
    Who's Online : 11
  • Kategori