Oleh ZAIDI ISMAIL

 

Mahasiswa Universiti Prince of Songkla, Thailand

PADA 25 – 29 Mei 2015, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan Bengkel Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2015 untuk Mahasiswa Universiti Prince of Songkla, Thailand. Seramai 21 orang mahasiswa dari Jurusan Bahasa Melayu, Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Prince of Songkla telah ikut serta dalam bengkel ini. Rombongan mereka diketuai oleh Dr. Djusmalinar Djamarin.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP. Bengkel ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu dan sastera dalam penulisan dan komunikasi. Bengkel lima hari tersebut diisi dengan sesi pengajaran bahasa dan sastera.

Bengkel dimulakan dengan Ujian Kefahaman Bahasa Melayu (UKBM) yang meliputi tiga aspek, iaitu penulisan, pendengaran, dan pertuturan. Seterusnya, barulah diteruskan dengan bengkel selama empat hari lagi dengan Bengkel Bahasa Melayu dalam Penulisan: Ejaan dan Tatabahasa (hari kedua); Bahasa Melayu dalam Penulisan: Struktur Ayat dan Wacana (hari ketiga); Pengenalan Sastera Tradisional: Pantun, Syair dan Gurindam (hari keempat); dan Pengenalan Sastera Moden: Sajak (hari kelima).

SONGKLA 3

Sesi bimbingan bahasa Melayu oleh En. Zaidi Ismail

Dalam bengkel ini, penulis turut terlibat secara langsung dalam bimbingan pada hari ketiga untuk sesi Bahasa Melayu dalam Penulisan: Struktur Ayat dan Wacana. Dalam sesi tersebut, para pelajar dibimbing dalam aspek pembinaan ayat untuk penulisan dalam bahasa Melayu. Antara yang ditekankan termasuklah cara-cara menghasilkan wacana berita, laporan dan penyelidikan. Pada dasarnya, kebanyakan mereka sememangnya sudah ada pengetahuan asas dalam hal tersebut. Antara mahasiswa yang ikut serta dalam bengkel tersebut ialah Maseetoh Baeloh, 21 tahun. Maseetoh yang merupakan pelajar tahun ketiga sangat berminat untuk mempelajari bahasa Melayu dan mengikuti kursus tersebut untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu. Dia juga berminat untuk mempelajari sastera, khususnya pantun.

Majlis penangguhan bengkel telah disempurnakan oleh Hajah Aisah Murad, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran pada 1 Jun 2015.

 

SONGKLA

Perbincangan antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050828
    Visit Today : 141
    This Month : 33427
    Total Visit : 1050828
    Hits Today : 360
    Total Hits : 4314821
    Who's Online : 17
  • Kategori