Oleh  Adnan Abd Jamil

Majlis perasmian Kedai Buku DBP Hulu Kelang telah diadakan di Kompleks DBP Hulu Kelang pada 16 April 2015. Kedai buku yang baharu ini dilancarkan setelah DBP mengambil alih semula Bahagian Percetakan dan Bahagian Pemasaran DBP. Pada tahun 2002, dengan matlamat untuk meningkatkan penerbitan dan  jualan buku dan majalah terbitan DBP, empat bahagian yang menguruskan kerja-kerja pracetak, percetakan dan pemasaran telah diswastakan. Bahagian yang terlibat ialah Bahagian Reka Bentuk, Bahagian Pracetak, Bahagian Percetakan dan Stor serta Bahagian Perniagaan.

H

Encik Kamarul Zaman menyampaikan ucapan alu-aluan.

Walau bagaimanapun, syarikat yang diberi konsesi untuk melaksanakan matlamat tersebut gagal mencapai tujuannya. Banyak aduan dan rungutan diterima daripada masyarakat tentang kerumitan untuk membeli buku dan majalah DBP. Majalah keluaran bulanan DBP lambat sampai kepada pengedar. Malahan, jumlah cetakan majalah DBP semakin merosot. Hal ini telah mencalitkan nama yang tidak baik kepada DBP. Masyarakat menuding jari kepada DBP ke atas semua kelemahan ini.

Tempoh sukar selama 12 tahun tersebut dilalui dengan sabar oleh pihak pengurusan dan warga kerja DBP. Akhirnya, pada 1 September 2014, kerajaan memutuskan supaya konsesi yang diberikan kepada syarikat tersebut ditamatkan dan DBP mendapat kembali hak untuk melakukan kerja pracetak, percetakan dan pemasaran buku dan majalah terbitannya.

Dalam ucapan alu-aluan, YBhg. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharuddin berkata, pelancaran semula kedai buku ini bertujuan mendekatkan DBP dengan masyarakat. Beliau turut bersyukur dengan kejayaan DBP mendapatkan semula hak percetakan dan pemasaran yang diswastakan selama 12 tahun itu.

C

Dato’ Dr. Awang Sariyan menyampaikan ucapan perasmian.

Ketua Pengarah DBP, YBhg. Dato’ Dr. Awang Sariyan semasa berucap merasmikan kedai buku ini berkata, DBP diberikan amanah untuk memajukan bahasa kebangsaan. Oleh itu bidang pengeluaran dan pemasaran merupakan bahagian sokongan yang penting bagi merealisasikan amanah yang diberikan.

Tambah beliau lagi, kedai buku ini merupakan ikon kewujudan semula bahagian perniagaan dan pemasaran DBP. Dengan wajah baharu ini, diharapkan kedai buku ini menjadi tempat tumpuan warga di sekitar, termasuk para pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan bermutu.

Mengenai Ujana Buku DBP, beliau berkata bahawa sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Strategi baharu ini bertujuan mendekatkan DBP dengan masyarakat. Masyarakat yang tinggal jauh dari kawasan bandar juga berpeluang mendapatkan buku melalui Ujana Buku DBP ini.

8

En. Kamarul Zaman menerangkan sesuatu kepada Dato’ Dr. Awang tentang kedai buku baharu DBP.

E

Suasana dalam kedai buku DBP.

Dato’ Dr. Awang semasa bercakap kepada pemberita, berharap para pengedar buku menjadikan Ujana Buku DBP sebagai contoh supaya mereka dapat mengadakan kedai buku bergerak dan aktif memasarkan buku terbitan DBP. Berdasarkan permintaan Ujana Buku DBP setakat ini menunjukkan bahawa buku-buku DBP sangat diperlukan oleh masyarakat.

Sebahagian pelajar yang turut hadir pada majlis perasmian Kedai Buku DBP Hulu Kelang.

G

Dato’ Dr. Awang beramah mesra dengan pelajar berhampiran Ujana Buku DBP.

Kedai Buku DBP di Hulu Kelang mempamerkan dan menjual pelbagai jenis buku dalam pelbagai bidang dan majalah-majalah terbitan DBP untuk semua peringkat. Buku-buku dan majalah terbitan terbaharu kini semakin meningkat jualan dan permintaannya, berbanding semasa penswastaan.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048199
    Visit Today : 517
    This Month : 30798
    Total Visit : 1048199
    Hits Today : 1285
    Total Hits : 4300331
    Who's Online : 10
  • Kategori