Oleh Adnan bin Abd Jamil

Seperti pada tahun-tahun yang lalu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) diadakan lagi pada tahun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. PBAKL dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Majlis Industri Buku Malaysia yang dianggotai oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia; Persatuan Penjual Buku Malaysia; Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia; Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia dan Persatuan Kontraktor Buku Malaysia.

pbakl II

YBhg. Dato’ Sri Hasan Malek merasmikan PBAKL 2015.

Pada tahun ini, MBKM menambah beberapa kelainan dalam penganjuran pameran dengan mewujudkan dewan khas untuk dunia novel, komik dan indie serta memperkenalkan “Rumah Ngaji” dengan pengisian termasuk belajar membaca dan menghafaz al-Quran, khatam perdana dan kempen 20 ribu naskhah buku turun harga dengan pemberian potongan harga antara 10 peratus hingga 50 peratus.

Sempena PBAKL kali ini, turut dilancarkan tabung dana buku untuk mengumpulkan buku sebanyak dua juta naskhah bagi disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dengan bencana banjir.

pbakl III

YBhg. Dato’ Sri Hasan Malek turut merasmikan Kempen Turun Harga Buku pada hari tersebut.

PBAKL bukan sekadar pameran dan jualan buku semata-mata, malah pelbagai aktiviti diadakan sepanjang pameran berlangsung. Antaranya termasuklah pelancaran pelbagai jenis buku oleh beberapa penerbit; baca puisi; aktiviti kanak-kanak; pelancaran al-Quran; aktiviti membaca; aktiviti bercerita dan forum.

Acara lain yang penting yang bersifat pembangunan industri buku ialah Pameran Dagangan Hak Cipta dan Harta Intelek yang diterajui Perbadanan Kota Buku dan Persidangan Industri Buku Kebangsaan yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

pbakl

Suasana gerai buku DBP, di PBAKL 2015 baru-baru ini.

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, buku merupakan keperluan pelbagai pihak untuk mendapatkan ilmu. Penganjuran pesta buku ini menjadi landasan penting untuk melahirkan masyarakat berilmu dan berbudi bahasa.

Jutaan pengunjung yang mengunjungi PBAKL saban tahun membuktikan bahawa masyarakat Malaysia bukan lagi masyarakat yang malas membaca. Daripada peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa, masing-masing tidak melepaskan peluang berkunjung ke pesta buku dan tidak lokek mengeluarkan belanja untuk membeli buku-buku yang dipamerkan.

PBAKL menjadi ruang utama bagi masyarakat mendapatkan buku-buku bermutu dalam dan luar negara, sekali gus memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Semoga amalan membaca buku terus menjadi kegemaran masyarakat Malaysia dan PBAKL terus diadakan bagi menyemarakkan pembangunan industri buku negara.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1051127
    Visit Today : 440
    This Month : 33726
    Total Visit : 1051127
    Hits Today : 1261
    Total Hits : 4315722
    Who's Online : 10
  • Kategori