soneta

 

Judul              :           Soneta Rindu Musim Salju

Pengarang     :           Zulfazlan Jumrah

Harga             :           RM15.00

Tahun             :           2014

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

JUDUL kumpulan cerpen ini mungkin terpengaruh dengan siri drama Korea Selatan. Tetapi jangan terkejut kerana pengarang tidak menggunakan latar Korea Selatan untuk cerpen ini, sebaliknya memilih latar di England.

Kumpulan ini memuatkan 17 buah cerpen yang sebahagiannya pernah tersiar dalam media arus perdana garapan seorang pengarang muda yang mahu berkongsi pengalaman, pemerhatian dan penyelidikan melalui “cerita-cerita kecil”. Karya-kara tersebut ada yang menjentik rasa, disulami kisah suka duka dan cerminan sisi kehidupan yang cacamarba.

Kisah yang digarapnya berdasarkan pengalaman sendiri atau kisah yang biasa berlaku dalam masyarakat atau dialami oleh sesiapa sahaja. Pengarang menceritakannya secara jujur dan menyerahkannya kepada pembaca untuk menggeledah makna dan membuat tafsiran.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046754
    Visit Today : 370
    This Month : 29353
    Total Visit : 1046754
    Hits Today : 772
    Total Hits : 4295574
    Who's Online : 10
  • Kategori