Oleh ADNAN ABD JAMIL

 

Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka (BKDBP) melalui Biro Pendidikan, telah menganjurkan Bengkel Matematik pada 19 Mac 2015 yang lalu. Seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak staf DBP menyertai bengkel tersebut.

ZAI_0283

Encik Hissam Che Daud daripada Anakku Bijak Consultant

Bengkel sehari yang bertemakan “Teknik Kiraan Pantas” itu dikendalikan oleh Encik Hissam Che Daud dan beberapa orang staf Anakku Bijak Consultant.

 Encik Zulfa Hamzah, Naib Pengerusi Badan Keluarga DBP dalam ucapan perasmiannya berkata, bengkel ini diadakan bertujuan menarik minat anak-anak staf Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap subjek Matematik. Biro Pendidikan BKDBP mengambil inisiatif mengadakan bengkel ini untuk meningkatkan kreativiti pelajar, melahirkan pelajar yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi serta dapat menunjukkan kemahiran berfikir secara analitis.

ZAI_0392

Masing-masing teruja dan kelihatan bersemangat sewaktu sesi bengkel berlangsung.

Teknik kiraan pantas yang diajarkan tidak menggunakan peralatan, sebaliknya hanya menggunakan jari tangan. Para peserta yang menghadiri bengkel ini masing-masing teruja dan kelihatan bersemangat sewaktu sesi bengkel berlangsung.

Mereka memberikan tumpuan dan mengambil bahagian dengan aktif, lebih-lebih lagi setelah mengetahui rahsia dan teknik kiraan pantas yang diajarkan oleh Cikgu Hissam.

ZAI_0260

Antara aktiviti dalam bengkel tersebut.

Bengkel ini sangat sesuai dan bermanfaat bagi para pelajar, terutama pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.  Semoga program seperti ini terus diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempelajari ilmu matematik yang lebih cepat dan berkesan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1051650
    Visit Today : 963
    This Month : 34249
    Total Visit : 1051650
    Hits Today : 3120
    Total Hits : 4317581
    Who's Online : 6
  • Kategori