UPNM, 16 Januari 2015 – Empat buah buku terbitan DBP telah dilancarkan oleh YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Selain itu, DBP dan UPNM bersama menandatangani satu perjanjian persefahaman dan pada masa yang sama Forum Veteran Tentera dan Polis : Patriotisme Nan Membara turut diadakan bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.