Batik merupakan bidang kraf tangan yang masyhur di Malaysia. Sejak abad ke-15 lagi, manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini batik dihasilkan menggunakan alat-alat yang tertentu.