Oleh Adnan bin Abd Jamil

Setiap kali tiba tanggal 12 Rabiulawal tahun Hijrah, umat Islam akan memperingati sejarah kelahiran pemimpin terhebat buat seluruh umat iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan Rasul terakhir yang membawa sinar kepada sekalian alam dan sebagai agen transformasi utama mengubah keadaan manusia, daripada kejahilan kepada kebenaran; menyatukan puak yang bersengketa menjadi ummah yang perkasa; serta membuka jalan kepada perkembangan Islam di seluruh dunia.

Maulidur Rasul 1

Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kali ini ialah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

 Insan teragung ini menjadi teladan buat kita memperkukuh ukhuwah dan perpaduan sesama umat Islam. Kejayaan Rasulullah SAW di Madinah dalam menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar; Aus dan Khazraj; orang Islam dan bukan Islam; berdasarkan Piagam Madinah, menatijahkan suasana kehidupan yang harmoni, bersatu padu dan penuh semangat persaudaraan.

Pemilihan tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kali ini ialah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” adalah amat tepat bagi menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Maulidur Rasul 6

Kontinjen DBP berarak sambil berselawat dalam majlis sambutan Maulidur Rasul.

Kejayaan Rasulullah SAW mengukuhkan dua sisi perpaduan, iaitu dimensi sesama umat Islam dan pelbagai kabilah, merupakan model perpaduan terbaik dalam kehidupan beragama, bermasyarakat dan beragama. Penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah membawa kepada satu transisi peradaban yang memacu transformasi kegemilangan tamadun manusia.

Seperti pada tahun-tahun yang lalu, kontinjen DBP turut dijemput menyertai perarakan di Putrajaya. Kontinjen yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Profesor Dr. Zaharani Ahmad berkumpul di Putrajaya seawal jam 7.00 pagi. Perarakan bermula pada pukul 7.45 pagi dari hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menuju ke Masjid Putrajaya.

Maulidur Rasul 10

Kontinjen DBP yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Profesor Dr. Zaharani Ahmad.

Kontinjen DBP berarak sambil berselawat bersama-sama 32 badan berkanun yang lain; 68 jabatan kerajaan; 13 agensi swasta; 10 badan beruniform; empat sekolah; enam institusi pengajian tinggi; dan enam kontinjen badan bukan kerajaan.

Maulidur Rasul 2

Di sebalik kemeriahan sambutan Maulidur Rasul, haruslah diingat bahawa yang penting bukannya perarakan semata-mata, tetapi penghayatan dan pengamalan ajaran, sunnah dan suruhan Rasulullah SAW yang sepatutnya diutamakan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1052357
    Visit Today : 610
    This Month : 610
    Total Visit : 1052357
    Hits Today : 2868
    Total Hits : 4320814
    Who's Online : 7
  • Kategori