Oleh ADNAN BIN ABD JAMIL

 

Menurut sejarah, Pulau Langkawi berasal daripada singkatan perkataan burung helang dan dikaitkan dengan sejenis batu yang dikenali sebagai batu kawi. Hasil gabungan kedua-dua perkataan ini telah membentuk perkataan Langkawi. Pulau Langkawi telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) pada 1 Januari 1987. Sejak itu, Langkawi sentiasa menjadi pulau percutian bagi pelancong dalam dan luar negara. Bangunan penempatan dan perniagaan tumbuh bagai cendawan.

2

Pulau Langkawi telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) pada 1 Januari 1987.

Sambil membeli-belah, mari kita lihat penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pemilik pusat perniagaan di sini.

Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam kalangan pemilik premis perniagaan menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Hal ini berlaku mungkin disebabkan bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian.

“All Time Collection” jika diterjemahkan ke bahasa Melayu – “Koleksi Sepanjang Masa” – akan menjadikan frasa itu sesuai sebagai nama sebuah kedai. Apalah salahnya jika bahasa Melayu diutamakan, lebih-lebih lagi dalam negara sendiri. Begitu juga dengan “Koleksi Dimas” (Dimas Collection), yang pastinya akan difahami oleh penduduk Langkawi, termasuk pelancong.

3

Apalah salahnya jika bahasa Melayu diutamakan, lebih-lebih lagi dalam negara sendiri.

 

4

Lebih menarik jika restoran ini diterjemahkan ke bahasa Melayu,“Restoran Sinaran Matahari Langkawi”,

 

5

“Dunia Minyak Wangi” sepatutnya ditulis besar, kemudian barulah ditulis bahasa lain.

 

6

Beberapa buah premis masih menggunakan “pasaraya”, walaupun kata majmuk ini sepatutnya ditulis dua perkataan – “Pasar Raya Bebas Cukai”.

Untuk kemudahan pengguna bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyediakan Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan Siri Lembar Bahasa dapat dicapai melalui Laman Sesawang DBP – http://www.dbp.gov.my.

  1. Awang Kata says:

    Biarlah kita jadi sebagai satu bangsa yang tahu menyantuni bahasa sendiri.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048795
    Visit Today : 1113
    This Month : 31394
    Total Visit : 1048795
    Hits Today : 3606
    Total Hits : 4302652
    Who's Online : 14
  • Kategori