Oleh JENNITAH BINTI NOORDIN

 

DEMI memeriahkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Kebangsaan pada tahun ini khususnya pada peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka  dengan kerjasama Istana Budaya, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadakan Karnival Semarak Bahasa dan Santai Seni: Bahasa Jiwa Bangsa di Istana Budaya. Karnival ini berlangsung pada 28 November 2014, dari pukul 3.00 petang hingga 10.30 malam.

Seramai 200 orang warga sekitar Kuala Lumpur telah hadir dan menyaksikan Karnival Semarak Bahasa dan Santai Seni: Bahasa Jiwa Bangsa. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya, dan Dr. Mohd.  Hanafi bin Ibrahim, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Karnival Semarak IV resize

Antara yang hadir ke Karnival Semarak Bahasa dan Santai Seni: Bahasa Jiwa Bangsa.

Pada sebelah petang, bermula pada pukul 3.00 petang bagi tujuan perkongsian ilmu dan idea telah diadakan Bicarawara yang berjudul “Sastera Perdana, Indie dan Popular dalam Arus Perkembangan Sastera Tanah Air”.  Dalam sesi Bicarawara ini, penganjur telah mengundang  tiga orang penulis iaitu, Ramlee Awg.  Murshid, Syed Mohd.  Zakir Syed Othman dan Encik Azalan bin Hussin selaku pembicara, manakala moderator bicarawara ialah penulis muda yang prolifik, Saifulizan bin Yahaya.

Bicarawara IB resize

Bicarawara yang berjudul “Sastera Perdana, Indie dan Popular dalam Arus Perkembangan Sastera Tanah Air” turut diadakan pada hari tersebut.

Bicarawara yang menarik ini telah memberi peluang kepada penulis dan audiens yang hadir untuk lebih memahami perbezaan antara ketiga-tiga sastera berkaitan tetapi masih berperanan menyemarakkan dunia penulisan di negara ini.

 Pada sebelah malamnya pula diadakan Kegiatan Karnival Semarak Bahasa dan Santai Seni:  Bahasa Jiwa Bangsa yang diisi dengan deklamasi puisi, persembahan dekon, persembahan pelbagai tarian tradisional dan etnik daripada Kumpulan Rampai Sari, dikir barat, lagu puisi oleh Kumpulan Kopratasa dan slot berpantun spontan serta deklamasi puisi spontan. Penyair terkenal Dato’ Rahman Shaari, Puan Rajeswari Seetha Raman, Milyana Arshad, Roslan Madun, dan beberapa orang tokoh terkenal tanah air telah mendeklamasikan puisi.  Tiga orang pemantun spontan dalam kalangan audiens telah menerima Unit Amanah bernilai RM100.00 yang ditaja oleh Permodalan Nasional Berhad.

Kumpulan dikir barat daripada DBP.

Kumpulan dikir barat daripada DBP.

Selain disajikan dengan pelbagai persembahan untuk tujuan penghayatan sastera dan budaya kebangsaan, para pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai jenis buku dan pelbagai barangan lain melalui gerai jualan di perkarangan luar Istana Budaya.

Semoga aktiviti seperti ini akan terus diadakan pada masa-masa akan datang, dalam usaha memartabatkan seni, sastera dan budaya tanah air.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1062661
    Visit Today : 390
    This Month : 10914
    Total Visit : 1062661
    Hits Today : 1384
    Total Hits : 4364169
    Who's Online : 7
  • Kategori