Oleh ADNAN BIN ABD JAMIL

Mergong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kota Setar, Kedah. Pembangunan pesat Bandaraya Alor Setar turut melibatkan kawasan di sekitar Mergong menyebabkan Bandar Baru Mergong dibangunkan. Banyak kawasan perumahan dan premis perniagaan baharu didirikan.

Sewaktu tinjauan di sekitar Mergong, penulis melihat masih banyak premis perniagaan yang tidak mengutamakan bahasa Melayu.

Para pemilik kedai yang menjual pakaian lebih gemar menggunakan perkataan bahasa Inggeris, ‘collection’, pada nama kedai mereka. Perkataan tersebut hendaklah ditukarkan kepada bahasa Melayu, ‘koleksi’. Antara kedai tersebut ialah “R&S Rias Collection” yang sepatutnya dinamakan “Koleksi R&S Rias”, “Ariemas Collection” yang sepatutnya dinamakan “Koleksi Ariemas” dan “Ritz Q Collection” yang sepatutnya ditulis “Koleksi Ritz Q”.

1

Para pemilik kedai lebih gemar menggunakan perkataan bahasa Inggeris, ‘collection’, pada nama kedai mereka.

Akibat kurang perhatian, pemilik kedai melakukan kesilapan sehingga berlaku kesalahan ejaan pada nama kedai mereka. Antaranya, “Perabut & Automasi S & N”. Ejaan yang betul ialah “perabot”.

Bagi kedai “Pusat Membaiki Hawa Digin Kenderaan CH Ong”, ejaan yang betul ialah “dingin”.

2

Kesalahan ejaan pada nama kedai.

Perkataan “Cafe” memang digemari oleh kebanyakan pemilik kedai minuman. Perkataan ini telah pun diserapkan ke dalam bahasa Melayu dan dieja “kafe”. Perkataan “kafe “ hendaklah berada di hadapan kata nama, iaitu “Kafe Baraqbah” dan “Kafe Baihaqi”, manakala “Kafe BB” pula betul cara penulisannya, tetapi perlu ditulis besar atau diutamakan daripada bahasa Inggeris.

3

Perkataan “Cafe” memang digemari oleh kebanyakan pemilik kedai makan.

Kedai ini pula mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Pemilik dinasihatkan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada papan tanda kedai.

4

Mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

Terdapat dua kesalahan pada nama kedai ini. “Restoran Mekar Serasi Tomyam” sepatutnya dinamakan “Restoran Tomyam Mekar Serasi”. Manakala, perkataan “bihun” sepatutnya dieja “mihun”.

5

Terdapat dua kesalahan pada nama kedai ini.

Pemilik kedai ini pula mengikut tata cara penulisan yang betul. Bahasa Melayu diberikan keutamaan di samping bahasa lain. Tahniah!

6

Bahasa Melayu diberikan keutamaan di samping bahasa Inggeris dan Cina.

Taman-taman perumahan di sini diberikan nama yang indah dan menarik. Antaranya, termasuklah Taman Pelanduk, Taman Seri Tanjung dan Taman Budiman.

7

Taman-taman perumahan diberikan nama yang indah dan menarik.

DBP menyediakan Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan Siri Lembar Bahasa dapat dicapai melalui Laman Web DBP – (http://www.dbp.gov.my).

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1054558
    Visit Today : 174
    This Month : 2811
    Total Visit : 1054558
    Hits Today : 473
    Total Hits : 4328544
    Who's Online : 4
  • Kategori