Oleh Adnan bin Abd Jamil

Bandar Muar di Johor dikenali juga sebagai Bandar Maharani atau Bandar Isteri Maharaja. Perkataan Muar dipercayai berasal daripada perkataan muara, bersesuaian dengan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan merupakan sungai terpanjang di Johor.

 Dalam kepesatan pembangunannya, banyak bangunan yang muncul menempatkan pusat pentadbiran dan perniagaan. Penulis meninjau beberapa buah premis perniagaan untuk melihat penggunaan bahasa yang digunakan.

1

“Embassy Hotel” hendaklah digantikan dengan “Hotel Embassy” seperti yang dilakukan oleh pemilik “Hotel D’99”.

Hukum D-M menetapkan supaya unsur yang diterangkan (D) atau kata utama harus didahulukan daripada perkara yang menerangkannya (M). Oleh itu, “Embassy Hotel” hendaklah digantikan dengan “Hotel Embassy” seperti yang dilakukan oleh pemilik “Hotel D’99”.

Kedua-dua papan tanda pemberitahuan ini menulis salah “di” sebagai kata sendi nama dan “di” sebagai imbuhan awalan. Kata sendi nama “di” dijarakkan daripada frasa atau kata nama yang mengikutinya. Pemberitahuan yang tepat ialah, “Dilarang meletak kenderaan awam di sini”.

2

Perkataan “disini”, kata sendi nama “di” perlu dijarakkan daripada frasa atau kata nama yang mengikutinya.

Pemberitahuan yang kedua menunjukkan bahawa “di” adalah sebagai imbuhan awalan yang perlu digabungkan dengan kata dasar selepasnya, iaitu “Jalan Perdagangan telah dibuka kepada dua hala”.

3

Pemilik perlu menggantikannya dengan nama dalam bahasa Melayu, iaitu “Kafe Zense”.

“Zense Cafe” terpengaruh dengan cara penulisan bahasa Inggeris. Pemilik perlu menggantikannya dengan nama dalam bahasa Melayu, iaitu “Kafe Zense”.

 Garis Panduan Papan Iklan menetapkan supaya setiap nama pada papan tanda nama kedai hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu sebagai bahasa utama, kemudian diikuti bahasa lain yang ditulis kecil sedikit. Pemilik dua buah premis di atas dinasihatkan agar menukarkan segera papan tanda nama kedai mereka. Mereka sepatutnya lebih menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

Pujian wajar diberikan kepada pemilik “Pusat Tuisyen Cemerlang Jaya Maju”. Bahasa Melayu ditulis jelas dan besar, di samping bahasa Cina di bawahnya. Nama pusat tuisyen ini menjadi daya tarikan bagi para pelajar. Jika mengikuti tuisyen di sini, pelajar akan cemerlang, berjaya dan maju dalam pelajaran.

5

Bahasa Melayu ditulis jelas dan besar, di samping bahasa Cina di bawahnya.

Untuk kemudahan pengguna bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyediakan Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa dan Siri Lembar Bahasa dapat dicapai melalui Laman Sesawang DBP – http://www.dbp.gov.my.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1054259
    Visit Today : 1204
    This Month : 2512
    Total Visit : 1054259
    Hits Today : 4067
    Total Hits : 4327585
    Who's Online : 4
  • Kategori