Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

 

Pertandingan Forum Remaja telah dimulakan pada tahun 1989 sebagai menyahut seruan kerajaan supaya sebutan baku digunakan sepenuhnya di sekolah, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun 1988. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam terutama dari aspek sebutan baku dalam kalangan pelajar, maka Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat dan Persatuan Linguistik Malaysia, sekali lagi mengadakan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang melibatkan pelajar sekolah menengah atas (tingkatan 4 hingga tingkatan 6) di seluruh negeri.  Pertandingan ini telah diadakan pada 25-26 Ogos 2014 di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Antara objektif utama pertandingan ini ialah mewujudkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah yang akhirnya melahirkan model penggunaan bahasa Melayu baku yang baik dan berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya. Di samping itu juga, melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berketerampilan serta berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2014 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia menyampaikan ucapan perasmian penutupan Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan 2014.

Dalam ucapannya, Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan berkata, pendidikan yang sempurna boleh mengubah nasib diri, keluarga dan bangsa. Pendidikan merupakan ‘penyamarataan terhebat’. “Anak-anak yang jauh dari kampung, yang datang daripada keluarga miskin boleh bersama-sama dengan anak-anak pensyarah, iaitu anak-anak orang kaya, anak-anak Perdana Menteri, boleh bersama-sama dalam sebuah pencakar langit di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, itulah yang dikatakan ‘penyamarataan terhebat’,“ kata Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan.

Beliau juga mengingatkan para pelajar agar terus menuntut ilmu, sampai ke Negara China. Menurutnya lagi, “Pepatah Arab ada menyebut, ‘bercita-citalah setinggi langit, jika tidak dapat mencapai langit, sekurang-kurangnya dapat menggapai awan’.” Dalam mencapai sesebuah kejayaan, para pelajar diingatkan, menjaga solat, semangat perlu tinggi, bersungguh-sungguh, bersama-sama dan sistematik.

Beliau melahirkan rasa keyakinan bahawa melalui pertandingan forum ini, dapat mengasah ketajaman pemikiran para pelajar, seterusnya menampilkan insan yang berkebolehan berhujah dalam bahasa Melayu yang baik dan berkesan.

Sebelum itu, Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan atas sokongan dan kehadiran beliau ke majlis tersebut.

Forum 6

YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menyampaikan ucapan alua-aluan.

Datuk Dr. Awang Sariyan telah melahirkan rasa bangga kerana Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun yang ke-58 terus memperjuangkan dasar Bahasa Kebangsaan yang melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar. Beliau berharap agar melalui pertandingan forum ini dapat menyunting semangat juang yang lebih kental dalam generasi muda.

“Forum Remaja menjadi ikon, mercu tanda yang penting dalam pembinaan sahsiah dan keterampilan dalam kalangan pelajar. Pada tahun ke-25 ini, menyaksikan peningkatan yang cukup jelas dalam aspek mutu persembahan, pemikiran dan bahasa. Forum Remaja lebih menyerlahkan kematangan buah fikiran secara sederhana, biasa tetapi berkesan.” kata beliau.

Pada penghujung pertandingan, Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2014.

Johan Pertandingan Forum Remaja 2014, SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam, Melaka.

Johan Pertandingan Forum Remaja 2014, SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam, Melaka.

Forum 5

SMK Tinggi Sekamat, Johor, dinobatkan sebagai naib johan dalam Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2014.

Forum 7


SMK Seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini.

Forum 4

Para pemenang Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan 2014 bergambar kenangan.

Ahli Forum Terbaik – Nazrin bin Zulkifli (SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam, Melaka)

Pengerusi Forum Terbaik – Nur Farhanin binti Mohd Sukri (SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, pengkalan Chepa)

Sesungguhnya, pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan menggalakkan penglibatan semua pelajar dalam kegiatan ko-akademik dengan bimbingan guru dalam mencari idea yang bernas dan fakta yang tepat.

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1055023
    Visit Today : 639
    This Month : 3276
    Total Visit : 1055023
    Hits Today : 1965
    Total Hits : 4330036
    Who's Online : 10
  • Kategori