Oleh  ADNAN BIN ABD JAMIL

Papan tanda sebagai penunjuk jalan, sebagai panduan ramai, sebagai iklan, sememangnya menjadi perhatian ramai. Hendak tak hendak, pemilik papan tanda perlu mengambil perhatian serius akan perkataan, ayat dan  bahasa yang digunakan. Bukan sahaja menitikberatkan ‘wajah’ di papan tanda, yang lebih penting, perkataan dan ayat yang digunakan mestilah betul.

Dua buah pusat kesihatan ini menjalankan perniagaan yang sama, tetapi terdapat dua ejaan yang berbeza bagi satu perkataan. “Dialysis” ialah perkataan Inggeris yang telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu menjadi “dialisis”. Jadi, papan tanda “Pusat Dialisis MAIS” adalah betul, berbanding dengan “Pusat Dialysis Mesra”.

11a

Kesilapan mengeja perkataan “Dialysis”

 

 

 

 

 

 

 

 

Puji 7

Ejaan yang sepatut dan betul ialah “Dialisis”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

12

Papan tanda nama yang betul bagi premis ini ialah “Poliklinik & Surgeri Sinaran”.

 

 

 

 

 

 

 

“Poliklinik Sinaran & Surgeri”. Poliklinik bermaksud hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Surgeri pula adalah perkhidmatan yang terdapat di poliklinik ini. Papan tanda nama yang betul bagi premis ini ialah “Poliklinik & Surgeri Sinaran”.

 

15

Alat untuk menyejukkan hawa dalam kereta dinamakan “Penyejuk Hawa” atau “Pendingin Hawa”. Papan tanda nama premis di atas perlu dibetulkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemilik “Pusat Tuisyen Bijak Kreatif” pandai menarik golongan pelajar untuk mendaftar di pusat berkenaan. Pelajar akan berasa bahawa mereka berpeluang menjadi pelajar yang bijak dan kreatif setelah mengikuti tuisyen di situ.

16

Papan tanda yang menggunakan bahasa yang betul seterusnya dapat menarik minat pelajar mendaftar di pusat berkenaan

 

 

 

 

 

 

 

 

Beberapa buah taman perumahan di Kuala Selangor dinamakan Taman Mawar Putih, Taman Telaga Tujuh, Taman Penggawa, Taman Desiran Malawati, Taman Bayu Alam, Taman Yayasan, Taman Pahlawan, Taman Serindit. Tiada masalah dari segi penamaan, malah pemilihan nama-nama taman ini kelihatan menarik dan sesuai.

17

Tiada masalah dari segi penamaan, malah pemilihan nama-nama taman ini kelihatan menarik dan sesuai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Puji I

“Butik” bermaksud kedai kecil yg biasanya menjual pakaian wanita yang terbaharu fesyennya. Sebuah kedai pakaian wanita dinamakan “Butik Seri Anggun”. Memang menarik dan sesuai nama yang diberikan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1054255
    Visit Today : 1200
    This Month : 2508
    Total Visit : 1054255
    Hits Today : 4055
    Total Hits : 4327573
    Who's Online : 7
  • Kategori