Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

Festival Bahasa dan Sastera merupakan program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia dan Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia.

Tahun 2014 merupakan tahun keenam penganjuran program ini. Festival ini bertambah bermakna apabila syarikat-syarikat swasta turut memberi sokongan dengan meyediakan tajaan dalam bentuk trofi atau barangan.

Penaja Utama Festival Bahasa dan Sastera 2014

Antara syarikat yang yang memberi sokongan dengan menyediakan tajaan dalam Festival Bahasa dan Sastera 2014

Festival Bahasa dan Sastera 2014 telah diadakan pada 26-27 Jun 2014 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara objektif utama festival ini diadakan adalah:

i) Menanam kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu peringkat sekolah rendah dan menengah;

ii) Mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa kebangsaan yang indah dan santai serta yang baik dan betul dalam kalangan pelajar sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT); dan

iii) Meningkatkan imej dan sinergi DBP melalui kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan, pihak swasta, tokoh korporat dan orang awam.

Festival Bahasa dan Sastera 2014 telah disempurnakan oleh Dato’ Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan I.

Dato' Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan I menyampaikan ucapan

Dato’ Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan I menyampaikan ucapan

Kategori pertandingan yang diadakan ialah

a) Pertandingan Koir untuk pelajar-pelajar SMPC.

b) Pertandingan Forum Pelajar untuk pelajar-pelajar SMPC.

c) Pertandingan Deklamasi Puisi untuk pelajar-pelajar SMPC.

d) Pertandingan Bercerita untuk pelajar-pelajar SJKC dan SJKT Tahap 1

e) Pertandingan Pidato untuk pelajar-pelajar sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tahap 2

Bagi pertandingan Koir untuk pelajar-pelajar SMPC, hadiah utama dimenangi oleh Tsun Jin High School, Kuala Lumpur.

Tsun Jin High School, Pemenang Pertama Pertandingan Koir

Tsun Jin High School, johan Pertandingan Koir untuk pelajar-pelajar SMPC

Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah merupakan johan pertandingan Forum Pelajar untuk pelajar-pelajar SMPC, dengan tajuk forum mereka, ‘Kuasa Alam Mampukah Manusia Mengatasinya?’ Pengerusi Forum Terbaik dimenangi oleh Tan Keng Yi, pelajar dari sekolah Menengah Kuen Cheng, Kuala Lumpur, dan bagi Ahli Forum Terbaik dimenangi oleh Chieng Khai Wee daripada Sekolah Menengah Jalan Riam Miri, Sarawak.

Johan Pertandingan Forum Pelajar

Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah, johan Pertandingan Forum Pelajar

Pertandingan Deklamasi Puisi untuk pelajar-pelajar sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) telah dimenangi oleh Sang Chi Zhen dari Sekolah Menengah Tsun Jin Kuala Lumpur.

Pertandingan Bercerita untuk pelajar-pelajar SJKC dan SJKT Tahap 1 pula dimenangi oleh Justin Ng Ken Hong dari SJK (C) Yoke Nam, KL dengan tajuk cerita ‘Katak yang Baik’.

Pertandingan Pidato untuk pelajar-pelajar SJKC dan SJKT Tahap 2 dimenangi oleh Lew Hon Yang daripada SJK (C) Kong Min, Kuantan dengan tajuk pidato ‘Demi Negaraku Malaysia’

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Semoga usaha mengadakan festival ini akan diteruskan dan mendapat lebih banyak penyertaan daripada sekolah-sekolah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049148
    Visit Today : 1466
    This Month : 31747
    Total Visit : 1049148
    Hits Today : 5692
    Total Hits : 4304738
    Who's Online : 16
  • Kategori