SIDANG atau Mesyuarat Kelompok Eksekutif MASTERA diadakan dalam rangka penyelarasan kerjasama serantau bagi pembinaan dan pengembangan persuratan Melayu, antara negara anggota MASTERA (Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura). Sidang MASTERA dilaksanakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir tempat. Tuan rumah  sidang pada tahun ini ialah MASTERA Indonesia sebagaimana yang disepakati dalam Sidang Eksekutif Ke-18 MASTERA (19 – 21 September 2012) di Malaysia dan Mesyuarat MASTERA 2013 pada 6-8 Mei 2013 di Indonesia.

Objektif Sidang Ke-19 MASTERA adalah untuk:

(a)  Menyelaraskan perancangan menyeluruh MASTERA bagi tahun 2013/2014.

(b)  Menilai dan membincangkan pencapaian program MASTERA sepanjang tahun 2013.

(c)  Merancang dan membincangkan program serta pelaksanaan program 2014 -2017.

Objektif Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) pula adalah untuk:

(a)  Merapatkan hubungan, pengertian dan kerjasama kesusasteraan negara-negara anggota dalam usaha memajukan dan mengembangkan kesusasteraan serantau sebagai warga sastera dunia yang berwibawa.

(b)  Menyelaraskan kegiatan dan penyelidikan kesusasteraan serantau secara bersepadu.

(c)  Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahan, penerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera.

(d) Berusaha secara bersama-sama, memantapkan penyebaran dan penggunaan bahasa utama (bahasa Melayu) rantau ini sebagai alat komunikasi, media ilmu pengetahuan dan media pengucapan seni ke peringkat rantau dan antarabangsa.

Tema seminar pada tahun ini ialah “Penguat Pemahaman Lintas Budaya Sebagai Upaya Perwujudan Keharmonian Bangsa Serumpun”.

Di samping Sidang MASTERA dan SAKAT, turut diadakan Kongres Bahasa dan Sastera. Objektif kongres adalah untuk:

(a)  Menyediakan satu forum perbincangan retrospektif perkembangan sastera serantau dan dunia.

(b)  Menjadikan kongres ini sebagai ruang diskusi antara pakar mengenai karya-karya penulis serantau.

Tarikh pelaksanaan program adalah seperti yang berikut:

 (a)  Seminar SAKAT : 24-25 Oktober 2013

 (b)  Sidang Ke-19 MASTERA: 26-27 Oktober 2013

 (c)  Kongres Bahasa dan Sastera: 28-30 Oktober 2013

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050097
    Visit Today : 942
    This Month : 32696
    Total Visit : 1050097
    Hits Today : 5074
    Total Hits : 4309835
    Who's Online : 14
  • Kategori