Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Encik Salehuddin Abg. Shokeran (dua dari kiri) berucap semasa majlis pelancaran. Di kiri beliau ialah Pengarah Teater, Encik Halimi Mohd. Noh dan penulis skrip adaptasi, Encik A. Wahab Hamzah (paling kanan).

KETENANGAN Kampung Kertau tiba-tiba berkocak apabila sebuah syarikat mencadangkan pembangunan kampung itu untuk membina projek kolam udang. Cadangan yang dibawakan oleh Derani, Pengerusi Jawatankuasa Kecil (JKK) kampung itu telah ditentang oleh Cah seorang janda dan anaknya Hijrah yang mulanya dianggap tidak berapa cerdik. Tentangan Cah terhadap projek yang boleh merosakkan tanaman padi dan kemudian untuk kehilangan sawah padi mula disokong oleh beberapa orang kampung, antaranya Azmi yang dianggap “Mandela”, Saad, Kader, Pak Kassim dan lain-lain.

Tok Imam yang mulanya turut menentang kemudiannya telah berpaling menyokong Derani setelah mereka dijanjikan wang pampasan puluhan ribu dan wang pendahuluan RM5,000 telah pun diterima. Turut menyokong Derani dan projek ini adalah Sulaiman, anak sulung Cah yang tinggal di Kuala Lumpur. Konflik antara orang kampung semakin hebat apabila traktor telah mula memasuki kampung dan mengorek sawah. Sawah bukan sahaja warisan tradisi dan rezeki mereka selama ini, tetapi sawah juga adalah simbol “warisan dan maruah” mereka yang perlu dipertahankan turun-temurun.

Cah dan Hijrah hilang sabar lalu terus melawan pemandu traktor yang mengakibatkan mereka ditahan polis. Orang kampung mula berhimpun dan bangun melawan. Mereka diketuai oleh Azmi dan Hijrah. Konflik antara Hijrah dan Sulaiman juga berlaku. Cah tahu yang tanah sawah itu akhirnya akan  menjadi korban juga, tetapi yang menyebabkan kekecewaan dan kemarahannya adalah apabila anak sulungnya sendiri yang menyuruh dia menjual tanah sawah. Di sinilah “maruah”nya tercabar dan dirasakannya hilang.

Demikianlah sinopsis novel Harga Sebuah Maruah yang telah  memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Novel ini diadaptasi ke drama pentas oleh Encik A. Wahab Hamzah. Teater Harga Sebuah Maruah diarahkan oleh Encik Halimi Mohamed Noh dan akan dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 15 – 19 November 2011. Tiket berharga RM30 & RM40.

Perkembangan teater “Harga Sebuah Maruah” ini boleh diikuti menerusi http://teaterhargasebuahmaruah.blogspot.com atau  www.facebook.com/hargasebuahmaruah .

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049122
    Visit Today : 1440
    This Month : 31721
    Total Visit : 1049122
    Hits Today : 5436
    Total Hits : 4304482
    Who's Online : 17
  • Kategori