BUKUĀ Ungkapan Tradisional Melayu Riau merupakan koleksi warisan daripada pertuturan orang tua-tua di daerah Riau yang menyingkap falsafah,pandangan hidup dan cara hidup orang Melayu dari daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu).

Kandungannya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pertama diturunkan kumpulan ungkapan tentang pakaian (lelaki dan perempuan), adab sopan dan adat berpakaian. Selain itu terdapat juga ungkapan-ungkapan yang menggambarkan alat upacara ritual, seperti tepung tawar, perangsang, air limau dan alat-alat tampak. Turut dilukiskan beberapa alat muzik seperti tetawak, gendang ketobung, gendang panjang, dan sebagainya.

Berkaitan perihal manusia pula, diturunkan ungkapan darihal perangai, budi pekerti dan kelakuan serta adat setiap peringkat umur seperti anak lelaki, anak perempuan, anak gadis, orang muda, oran
g tua dan sanak saudara. Juga dikumpulkan ungkapan yang membicarakan persekitaran hidup orang Melayu seperti kampung halaman dan rimba alam.

Dalam bahagian kedua diturunkan pelbagai jenis ungkapan adat dan perumpamaan, perbilangan, pepatah, jenis gurindam tentang adat, undang-undang adat, ungkapan tentang rumah serta ungkapan yang bersifat umum.

Buku ini memberi dua manfaat: pertama, menyerlahkan nilai bahasa dan puisi adat; dan kedua, memberikan maklumat yang tersirat, iaitu asas untuk melihat, mentafsir dan mengkaji kehidupan orang Melayu daerah Riau serta unsur kemelayuan menerusi rohaniah dan jasmaniah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050088
    Visit Today : 933
    This Month : 32687
    Total Visit : 1050088
    Hits Today : 5040
    Total Hits : 4309801
    Who's Online : 16
  • Kategori