Oleh SITI HAJAR ELAH

Sahibba: Peserta membina perkataan berdasarkan ubin yang diambil.

PERTANDINGAN Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Air Keroh D’Village Resort, Ayer Keroh, Melaka pada 27 Julai lalu. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah peringkat Negeri Melaka 2011 dirasmikan oleh Ketua Unit Kokurikulum, Encik Husin Chek, wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka.  Pertandingan disertai oleh seramai 42 orang pelajar sekolah rendah dan 41 orang pelajar sekolah menengah.  Aktiviti sampingan, iaitu santai teka silang kata turut diadakan bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut.

Johan kategori Sekolah Menengah dimenangi oleh Halimatus Saadiah Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Talib Karim, Alor Gajah, menerima wang tunai sebanyak RM250, plak, sijil penghargaan dan permainan sumbangan Syarikat Permainan Malaysia. Tempat kedua dan ketiga diraih oleh Muhammad Iqram Zaki  Rahmat dari SMK Ayer Keroh dan Luqman Al Hakim  Wahid dari SMK  Dang Anum. Masing-masing menerima wang tunai RM200 dan RM150, plak, sijil penghargaan dan permainan sumbangan Syarikat Permainan Malaysia.  Sagu hati diberikan kepada sepuluh orang peserta bernilai RM100 setiap satu, sijil penghargaan dan permainan sumbangan Syarikat Permainan Malaysia.

Kategori Sekolah Rendah dirangkul oleh Muhd. Mirza Syahmi Mohd. Sanizam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalas dengan membawa pulang wang tunai RM200, plak, sijil penghargaan dan permainan sumbangan Syarikat Permainan Malaysia. Tempat kedua dimenangi oleh Nur Fatin Khairiyah  Abd. Malek dari SK Tanjung Minyak dengan membawa pulang wang tunai RM150, plak, sijil penghargaan dan permainan sumbangan Syarikat Permainan Malaysia, manakala tempat ketiga diraih oleh Nurul Izzati  Abd. Rahman dari SK Asahan dengan hadiah wang tunai RM100, plak, sijil penghargaan dan permainan sumbangan Syarikat Permainan Malaysia. Sepuluh orang pemenang sagu hati  membawa pulang wang tunai RM50, sijil penghargaan dan permainan sumbangan Syarikat Permainan Malaysia.

Aktiviti santai teka silang kata melibatkan semua peserta.

Sahibba ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Dalam permainan ini setiap pemain akan beradu untuk memperoleh markah secara menjalinkan perkataan di atas papan permainan, seperti silang kata. Bahasa Melayu digunakan dalam permainan sahibba atas kesedaran dan keinginan untuk mendidik para pelajar agar kreatif dalam penguasaan kosa kata bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Syarikat Permainan Malaysia menganjurkan pertandingan ini untuk pelajar di negeri Johor dan Melaka. Melalui pertandingan ini, DBPWS berharap  para pelajar dapat menguasai bahasa Melayu dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049208
    Visit Today : 53
    This Month : 31807
    Total Visit : 1049208
    Hits Today : 88
    Total Hits : 4304849
    Who's Online : 15
  • Kategori