Oleh ALIAH ABDUL RAHIM

NEGERI Melaka dipilih sebagai lokasi pertama di benua Asia untuk mengadakan Puisi Mega Dunia (The World, a Giant Poem) pada 17 September 2011 di Mahkota Parade, Melaka.

Projek mega anjuran World Youth Foundation (WYF), Melaka dengan kerjasama dan sokongan UNESCO Malaysia dan UNESCO Sepanyol, merupakan inisiatif yang menghubungkan unsur puisi, visual, dan sosial selain membina platform untuk berdialog mengenai keamanan dunia melalui puisi.

Negeri Melaka dipilih kerana tarafnya sebagai salah satu tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO dan sekali gus membantu memartabatkan imej negeri Melaka di seluruh dunia.

Sehingga kini, hasil pencapaian Puisi Mega Dunia adalah seperti yang berikut:

  • diadakan di 31 buah bandar Eropah daripada 14 buah negara termasuk Mexico, Norway, Turki, Costa Rica, Nicaragua, Cuba, Sepanyol, Portugal, Canada, Amerika Syarikat dan Itali.
  • sepanjang 4300 meter kain yang bertulis puisi disiapkan atas sumbangan dan penglibatan daripada semua pihak
  • Seramai 85,000 peserta yang mengambil bahagian
  • Sebanyak 3800 perenggan berjaya ditulis dan disatukan menjadi 18 buah puisi
  • Sebanyak 37 bahasa digunakan dalam penghasilan puisi
  • Seramai 180 wakil media cetak dan elektronik  yang membuat liputan
  • Sebanyak 78 institusi awam dan swasta bekerjasama dalam menjayakan projek ini di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi WYF Melaka di talian 06-2320911/0912 atau layari laman web: http://www.wyf.org.my, dan e-mel: WYF@po.jaring.my.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049438
    Visit Today : 283
    This Month : 32037
    Total Visit : 1049438
    Hits Today : 1607
    Total Hits : 4306368
    Who's Online : 14
  • Kategori