Oleh AHMAD FAZLY SAHAR

Pendebat Terbaik Encik Ahmad Fazly Sahar (kanan).

JABATAN Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyapu bersih kedua-dua kategori yang dipertandingkan dalam Debat Piala Ketua Pengarah DBP 2011 apabila muncul sebagai Johan bagi kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Kumpulan Sokongan Gred 32 ke atas, dan Kumpulan Sokongan Gred 29 ke bawah. Pertandingan yang julung kali diadakan ini merupakan antara acara sambutan Ulang Tahun DBP ke-55, dan pertandingan akhir pada 29 Jun lalu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Johan bagi setiap kategori membawa pulang piala pusingan, wang tunai bernilai RM300, plak dan sijil penghargaan. Manakala Naib Johan dimenangi oleh Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera bagi kategori kumpulan Pengurusan dan Profesional/Kumpulan Sokongan Gred 32 ke atas. Naib Johan kategori Kumpulan Sokongan Gred 29 ke bawah pula menjadi milik pasukan Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera. Naib johan menerima wang tunai RM200, plak dan sijil penghargaan.

Jabatan Penerbitan johan bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan

Puan Nor Afidah Abdul Jamil dari Jabatan Penerbitan dipilih sebagai Pendebat Terbaik bagi kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Kumpulan Sokongan Gred 32 ke atas, manakala Pendebat Terbaik bagi Kumpulan Sokongan Gred 29 ke bawah dimenangi oleh Encik Ahmad Fazly Sahar dari Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera. Pendebat terbaik menerima plak dan sijil penghargaan.

Pertandingan ini merupakan program khusus untuk mencungkil bakat dan memberi peluang kepada karyawan DBP membahaskan idea dan pandangan mereka demi meningkatkan kecemerlangan organisasi. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Kumpulan Sokongan Gred 32 ke atas, dan Kumpulan Sokongan Gred 29 ke bawah. Sebanyak lapan buah pasukan yang mewakili  jabatan masing-masing menyertai pusingan awal yang diadakan pada 27 Jun lalu, dan empat pasukan telah melayakkan diri ke pertandingan akhir.

Sebahagian penonoton yang menyokong pasukan masing-masing

Pertandingan dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat, DBP. Hadiah Pertandingan akhir Debat Piala Ketua Pengarah DBP ditaja bersama oleh DBP dan Anjung Bahasa Sdn. Bhd. Kesemua hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah DBP,  YBhg. Dato’ Haji Termuzi bin Abdul Aziz.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1064903
    Visit Today : 166
    This Month : 13156
    Total Visit : 1064903
    Hits Today : 474
    Total Hits : 4372027
    Who's Online : 15
  • Kategori