Oleh NOORZANANI HJ. KATA

DEMI menyemarakkan sambutan ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-55, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) telah mengadakan Sayembara Deklamasi Puisi Anggota Beruniform pada 28 Jun lalu di Dewan Besar, DBPCS. Sayembara terbuka kepada anggota atau staf beruniform di negeri Sabah.

Salah seorang peserta bersemangat menyampaikan puisi.

Johan Sayembara Deklamasi Puisi dirangkul oleh Encik Mohd. Fauzi Jamikah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, manakala Naib Johan Encik Mohd. Imran Mohd. Zaini dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),  dan tempat ketiga Encik Ardiansyah Wayang dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Kepayan.  Pemenang menerima hadiah wang tunai, sijil penyertaan dan buku terbitan DBP yang disampaikan oleh Pengarah DBPCS, Encik Zubaidi Abas.

Sayembara diadakan bertujuan memupuk dan menyemai kecintaan masyarakat terhadap kegiatan deklamasi puisi, di samping mewujudkan hubungan erat antara masyarakat pelbagai kaum yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama melalui aktiviti berteraskan sastera dan bahasa.

Selain dapat melahirkan pendeklamasi dalam kalangan anggota beruniform di negeri Sabah,  aktiviti seumpama ini dapat menyemarakkan aktiviti sastera di negeri Sabah dengan penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan seterusnya melahirkan masyarakat yang menghayati dan menghargai hasil sastera dalam bentuk puisi.

  1. puisi indah says:

    Tahniah, dia rakan saya dan memang berbakat dari bangku sekolah lagi. Hebat program sebegini!

  2. Salam tahniah daripada saya. Sangat berbakat!

  3. mohd fauzi jamikah says:

    Alhamdulillah, terima kasih.
    (Saya masih belajar lagi.)

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045783
    Visit Today : 679
    This Month : 28382
    Total Visit : 1045783
    Hits Today : 2197
    Total Hits : 4292762
    Who's Online : 7
  • Kategori