Oleh MOHD. ALMIEY MOHD. ALI

BERSEMPENA dengan angka 55 yang bermakna bagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Ulang Tahun Penubuhan DBP, satu acara nyanyian lagu puisi berkumpulan tanpa henti selama 55 jam telah dianjurkan oleh Dewan  Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) dengan kerjasama Penggerak Seni Kota Kinabalu.

Acara yang dikenali sebagai “Irama Ria” ini merupakan acara nyanyian lagu puisi berkumpulan paling lama diadakan di Malaysia yang mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records. Sijil pengiktirafan telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Encik Zulhairi Md. Zin.

 

Antara kumpulan yang menyampaikan nyanyian lagu puisi

“Irama Ria menjadi acara utama sempena sambutan ulang tahun DBP ke-55 yang dimulakan acaranya tepat pada pukul 9.00 pagi pada 27 Jun dan berakhir pada 29 Jun lalu tepat pada pukul 4.00 petang. Acara ini mencatat rekod yang kelima dalam Malaysia Book of Records.

Pada tahun-tahun sebelumnya, DBPCS berjaya mencatat beberapa rekod dalam pelbagai acara, iaitu “Puisi Ria”, (bacaan puisi selama 50 jam tanpa henti), “Sendait Ria” (dendangan lagu rakyat selama 50 jam tanpa henti), “Syair Ria” (alunan syair selama 50 jam tanpa henti), dan “Dondang Ria” (alunan dundang selama 54 jam tanpa henti).

Hasrat Pengarah DBPCS, Encik Zubaidi Abas adalah untuk melibatkan dan mengakrabkan belia-belia di sekitar Kota Kinabalu dengan kegiatan sastera dan sekali gus mendekatkan mereka dengan DBP. Hasilnya penyertaan golongan belia  seumpama ini dapat menepati objektif yang diingini bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun DBP ke-55.

Penyerahan Sijil Malaysia Book of Records

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044855
    Visit Today : 1276
    This Month : 27454
    Total Visit : 1044855
    Hits Today : 4677
    Total Hits : 4289650
    Who's Online : 11
  • Kategori