Bahasa sukuan mempunyai nilai sentimental dalam kalangan pelbagai suku kaum di Sarawak. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan daftar kata bahasa sukuan Sarawak ini merupakan kesinambungan penerbitan daftar kata bahasa sukuan yang telah diterbitkan sejak dahulu. Daftar kata ini memuatkan sebanyak 7337 kata yang dilengkapi dengan padanan dalam bahasa Melayu – bahasa Kenyah Cebup. Daftar kata ini merupakan kosa kata yang telah dikumpulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama beberapa orang rakan penyelidik yang terdiri daripada penutur jati bahasa Kenyah Cebup melalui Projek Pembinaan Manuskrip Daftar Kata bahasa Sukuan Sarawak.

Daftar kata yang dikumpulkan berdasarkan perkataan yang kerap digunakan oleh kedua-dua penutur bahasa ini dan diharapkan dapat membantu kemusykilan yang timbul. Diharapkan penerbitan buku daftar kata ini khususnya berkaitan dengan aspek leksikologi bahasa peribumi Sarawak dapat ditingkatkan dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu bersumberkan bahasa sukuan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044946
    Visit Today : 1367
    This Month : 27545
    Total Visit : 1044946
    Hits Today : 5145
    Total Hits : 4290118
    Who's Online : 13
  • Kategori