Masuk ke Dalam Awan menyajikan karya penyair terkenal, Siti Zaleha M. Hashim yang jauh lebih matang dalam memperlihatkan perjalanan jiwanya yang telah menempuh pelbagai rona kehidupan. Penyair berjaya merungkai pemerhatiannya dengan lebih luas, menyelinap rasa dengan lebih akrab kepada Penciptanya sehingga lahir puisi yang mengetengahkan kasih sayang sesama insan dan cinta terhadap Allah SWT. Turut disentuh ialah persoalan kemasyarakatan, agama dan kerohanian, cinta dan kasih sayang, sanjungan tokoh, kemanusiaan, kenegaraan, kemusnahan alam dan kepincangan yang berlaku di mana-mana.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048993
    Visit Today : 1311
    This Month : 31592
    Total Visit : 1048993
    Hits Today : 4552
    Total Hits : 4303598
    Who's Online : 9
  • Kategori