BERIKAN Kami Kasih Sayang mengandungi 15 buah cerpen pelbagai tema tetapi sangat dekat dengan kehidupan penulis dan pembaca. Cerpen-cerpen ini merupakan karya para guru yang mengikuti bengkel penulisan di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru Tahun 2018 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cerpen-cerpen ini membawakan pelbagai nilai murni seperti berkasih sayang, saling menghormati dan bertanggungjawab.