Juara mengisahkan konflik dalam masyarakat Melayu Pattani yang berkesudahan dengan tragedi. Pergolakan terjadi disebabkan timbulnya perasaan ingin membalas dendam akibat kematian salah seorang yang bergelar pahlawan lembu. Pembunuhan demi pembunuhan terus dilakukan oleh kedua-dua puak, yang akhirnya membawa kepada penyelesaian yang dramatik. Novel Juara ini telah difilemkan oleh U-Wei Haji Saari dengan tajuk Jogho.