Judul              : Cerita Sarah Leong

Penulis           : Malim Ghozali

Harga             : RM25.00

Tahun             : 2020

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

LEWAT kumpulan cerpen Cerita Sarah Leong, Malim Ghozali PK mengajak audiens menjenguk ke daerah-daerah yang penuh dengan warna dan misteri kehidupan. Pengarang bukan sahaja memaparkan dunia melankoli, rindu yang tidak kesampaian, sejarah kegemilangan budaya bangsa, perjuangan membebaskan bangsa dan agama daripada tirani, bahkan dunia orang yang tidak siuman dalam cerpen “Dia, Dr. Hasni dan Bunga II: Api Marak Semula” dan cinta rentas budaya dalam cerpen “Cerita Sarah Leong”.

Pengarang cukup peka dengan persekitarannya, faham akan realisme sosial, lalu menyampaikan apa yang dilihat dan didengarinya dengan jujur, walau kadangkala menyelitkan juga elemen parodi, ikonik seperti keseluruhan cerpennya, Malim Ghozali PK menyudahi cerita dengan penutupan terbuka.

Barangkali, baginya audienslah yang paling wajar memahami pengakhiran cerpen-cerpennya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1055575
    Visit Today : 1191
    This Month : 3828
    Total Visit : 1055575
    Hits Today : 3768
    Total Hits : 4331839
    Who's Online : 5
  • Kategori