Judul              : Panduan Syarak tentang kelahiran

Penulis           : Zurita mohd. Yusoff, Siti Fatimah Salleh, Nadhirah Nordin

Harga             : RM15.00

Tahun             : 2019

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

PANDUAN Syarak tentang kelahiran menzahirkan bahawa Anak merupakan penyambung keturunan dan aset paling berharga kurniaan Allah SWT kepada kedua-dua ibu bapa. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa pentingnya doa anak-anak sebagai satu daripada perkara yang akan membantu ibu bapa di alam barzakh nanti. Oleh itu, membesar dan mendidik anak-anak mengikut panduan syarak menjadi tanggungjawab kedua-dua ibu bapa. Islam sebagai agama yang lengkap telah mengaturkan amalan tertentu kepada ibu bapa sebagai panduan yang jelas untuk diikuti dalam mereka membesarkan anak-anak bermula dari dalam kandungan lagi. Amalan selepas kelahiran seperti azan dan iqamat, tahnik dan aqiqah adalah antara perkara penting yang perlu difahami oleh ibu bapa.

Buku Panduan Syarak tentang kelahiran ini membincangkan amalan yang dinyatakan di atas di samping menyentuh aspek penting dalam pendidikan anak, iaitu ilmu akidah, fiqah dan akhlak. Perbincangan setiap bab dikukuhkan dengan dalil syarak daripada al-Quran, hadis dan pandangan fuqaha.

Karya yang mengandungi enam bab ini dimulai dengan bab kelahiran anak menurut Islam, tanggungjawab ibu bapa semasa kehamilan, hak bayi terhadap susu ibu, tanggungjawab ibu bapa selepas kelahiran bayu dan diakhiri dengan tanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Semua amalan ini menjadi tanda kepatuhan ibu bapa sebagai hamba terhadap Allah SWT dan hasilnya kehidupan berkeluarga akan lebih harmoni serta sentiasa berada dalam keberkatan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1055737
    Visit Today : 44
    This Month : 3990
    Total Visit : 1055737
    Hits Today : 448
    Total Hits : 4333385
    Who's Online : 10
  • Kategori