Judul              : Kaedah Penyelidikan Berasaskan Proses Pemfatwaan

Penulis           : Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin

Harga             : RM18.00

Tahun             : 2019

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU Kaedah Penyelidikan Berasaskan Proses Pemfatwaan ini mengupas proses pemfatwaan dan pengaplikasian proses ini sebagai satu kaedah penyelidikan berteraskan Islam bagi memenuhi keperluan penyelidikan berkaitan dengan Islam dan orang Islam. Kaedah Penyelidikan merupakan asas penting bagi sesebuah penyelidikan yang dijalankan secara sistematik, namun terdapat kekurangan dan perbezaan yang ketara dalam pengaplikasian kaedah penyelidikan lazim dalam kajian berkaitan dengan Islam dan orang Islam, maka satu alternatif perlu diwujudkan. Para sarjana Islam klasik telah menyusun ilmu yang mirip kepada penyelidikan dalam menyelesaikan permasalahan semasa umat Islam pada zaman mereka. Hal ini diteruskan sehingga hari ini oleh para sarjana Islam kontemporari. Salah satu bentuk “penyelidikan” yang dilakukan oleh mereka terkandung dalam perbincangan berkaitan dengan fatwa melalui proses pemfatwaan.

Oleh itu, bagi memantapkan penyelidikan yang berkaitan dengan Islam dan orang Islam dalam kerangka yang sesuai dengan perbincangannya, proses pemfatwaan dicadangkan sebagai satu bentuk kaedah penyelidikan. Amat penting bagi seseorang penyelidik Islam untuk menelusuri kerangka penyelidikan Islam agar penyelidikan yang dijalankan bertepatan dengan maqasid syarak.

Penulis buku ini, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Bidang kepakaran beliau Fatwa, Usul al-Fiqh dan Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam. Beliau telah menulis beberapa buah buku dan bab dalam buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), antaranya termasuklah Konsep Fatwa dalam Islam, Tajwid al-Quran dan Sejarah Tafsir dan Aliran-aliran Tafsir Kontemporari.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050406
    Visit Today : 1251
    This Month : 33005
    Total Visit : 1050406
    Hits Today : 7426
    Total Hits : 4312187
    Who's Online : 8
  • Kategori