Judul : Okong Srikandi Sungai
Penulis : Lailah Elok
Harga : RM8.00
Tahun : 2019
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Okong Srikandi Sungai mengisahkan debar di dada Okong semakin kencang, tiupan angin bagaikan membawa khabar sesuatu akan berlaku. Kehijauan hutan seakan berbisik. Hutan menjadi teman sejatinya. Pepohon dan penghuni hutan adalah rakan-rakannya. Namun tidak semua penghuni hutan dan alam bersifat baik sesama makhluk.
Bunyi itu semakin menghampiri, dedaun dan pepohon kecil diredah dan dipatahkan. Penghuni hutan seakan menangis dan menjerit. Pengait kepala itu muncul lagi memburu mangsa serta membinasakan kampung mereka. Pengait kepala bermata merah, bertubuh tinggi dan besar, telinga berjuntai panjang, gigi yang hitam dan tajam, kuku yang panjang.
Pengait kepala dahagakan darah dan daging penduduk kampung.
Tiba-tiba di hadapannya menyeringai pengait kepala. Pengait itu memandang Okong dengan renungan yang cukup berselera, bagaikan hidangan enak di depan mata. Pengait ketawa dan terus menghampiri Okong. Okong tersandung, namun cuba bangun untuk mempertahankan dirinya. Ketawa pengait kepala semakin kuat dan nyaring….