Judul : Bahasa Dusun Kimaragang
Penulis : Rasimi Linggang
Harga : RM20.00
Tahun : 2019
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Buku ini menerangkan asal-usul dan bahasa masyarakat Dusun Kimaragang di Sabah. Fokus utama buku ini ialah perkaitan antara bahasa Dusun Kimaragang dengan bahasa Melayu, asimilasi yang berlaku dalam bahasa etnik ini, serta proses morfologi, iaitu pengimbuhan awal, akhiran, apitan dan sisipan. Kajian tentang bahasa etnik di Sabah ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji dialektologi dan pelajar bidang linguistik. Pendekatan penulisan buku ini mudah difahami dan sesuai untuk sasaran pembaca umum.