Judul : Tumu dan Keluarga
Penulis : Maslina MD Nor
Harga : RM8.00
Tahun : 2019
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tumu dan Keluarga mengisahkan perihal seekor anak orang utan di Sepilok yang bernama Tumu. Tumu tinggal bersama-sama keluarganya, Papa Jati dan Mama Meranti. Papa Jati dan Mama Meranti mengajar Tumu menerokai hutan supaya mengenal spesies haiwan berbahaya dan jenis makanan yang boleh dimakan. Penerbitan Tumu secara bersiri berupaya menyampaikan maklumat perihal orang utan kepada pembaca, khususnya kanak-kanak.