OLEH ROSLAN ABDUL HAMID
KITA sedia maklum bahawa huruf e untuk bahasa Melayu dilambangkan bagi dua bunyi vokal, iaitu vokal [e] pepet dan [e] taling.
Adakah kita tahu bahawa padanan vokal [e] pepet boleh dilambangkan dengan lebih daripada satu huruf jawi? Hal ini berlaku mengikut kedudukan vokal [e] pepet dalam suku kata, iaitu awal suku kata, tengah suku kata dan akhir suku kata.
a) Padanan [e] pepet di awal suku kata :
1. Vokal [e] pepet pada suku kata terbuka dengan pola V ( vokal) dilambangkan dengan alif ( ا )
PERKATAAN |
PADANAN | JAWI |
enam |
ا |
انم |
emak | ا |
امق |
2. Vokal [e] pepet pada suku kata tertutup dengan pola VK (vokal + konsonan) dilambangkan dengan alif ( ا ).
PERKATAAN |
PADANAN | JAWI |
empat |
ا |
امڤت |
entah | ا |
انته |
3. Vokal [e] pepet yang digunakan pada nama khas kaum Tionghoa dilambangkan dengan hamzah ( ء ).
PERKATAAN | PADANAN | JAWI |
Ng | ء | ءڠ |
b) Padanan [e] pepet di tengah suku kata:
1. Vokal [e] pepet pada suku kata terbuka dengan pola KV tidak dilambangkan dengan mana-mana huruf jawi.
PERKATAAN |
PADANAN | JAWI |
bahtera |
– |
بهترا |
dera | – |
درا |
2. Vokal [e] pepet pada suku kata tertutup dengan pola KVK (Konsonan + vokal + konsonan) juga tidak dilambangkan dengan mana-mana huruf jawi.
PERKATAAN |
PADANAN | JAWI |
bendul |
– |
بندول |
sumber | – |
سومبر |
3. Vokal [e] pepet dalam suku kata tertutup berpola VK didahului oleh suku kata terbuka berpola KV maka [e] pepet akan dilambangkan dengan hamzah ( ء ).
PERKATAAN |
PADANAN | JAWI |
efisien |
ء |
ايفيسيئن |
konsekuan | ء |
کونسيکوئن |
c) Padanan [e] pepet di akhir suku kata:
1. Vokal [e] pepet digunakan di akhir kata dalam suku kata terbuka dilambangkan dengan ى (ye).
PERKATAAN |
PADANAN | JAWI |
mekanisme |
ى |
ميكانيسمى |
nasionalisme | ى |
ناسيوناليسمى |
Kesimpulannya, kita perlu mahir mengenal perbezaan bunyi vokal [e] pepet dan [e] taling serta tahu akan kedudukan vokal [e] pepet dalam suku kata kerana hal itu penting untuk kita menentukan padanan huruf yang sesuai.