Oleh NORAZLINDA MISRAN

YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan, ketika menyampaikan ucapan perasmian Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan DBP – KPM 2018.

“PARA pelajar perlu terus-menerus diberi ingatan tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan dimartabatkan dan ditempatkan pada kedudukan yang sewajarnya.” Begitulah antara inti ucapan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching, bersempena dengan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan DBP – KPM 2018 pada 26 Julai 2018 yang lalu.

Menurutnya lagi, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pentadbiran negara, bahasa utama di tempat awam dan bahasa citra bangsa Malaysia sekiranya para pelajar sedar bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang menjadi lambang jati diri bangsa.

SM Sains Bagan Datoh, johan Pertandingan Pidato.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian secara serentak melaksanakan tiga acara pertandingan koakademik bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah peringkat kebangsaan 2018, iaitu Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah dan Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah.

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah (Kategori Deklamasi Sajak) dimenangi oleh Olevia Demius dari SMK Tenom, Sabah.

Pertandingan ini diadakan sebagai usaha untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar sekolah menengah kebangsaan. Kegiatan ini bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai saluran pengungkapan buah fikiran dan ilmu pengetahuan yang berkesan, betul dan indah. Program ini diharap akan melahirkan generasi muda yang berketerampilan yang berupaya untuk mengungkapkan bahasa Melayu baku sebagai wahana budaya yang tinggi. Kaedah ini merupakan salah satu bentuk kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan pendidikan bahasa Melayu, sekali gus menyokong dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Para pemenang Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Sumbangan dana untuk pertandingan ini diterima daripada Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Persatuan Linguistik Malaysia dan Syarikat Permainan Malaysia Sdn. Bhd. Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, dan Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP.

 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU

PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 DBP-KPM

Pertandingan Forum Remaja

KEDUDUKAN TEMPAT NAMA SEKOLAH NEGERI
Pertama SM Sains Bagan Datoh Perak
Kedua SMK Taman Tun Fuad Sabah
Ketiga SMK Oya, Dalat Sarawak
Keempat Sekolah Tinggi Segamat Johor

 

Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah

KEDUDUKAN TEMPAT NAMA PEMENANG/SEKOLAH NEGERI
Pertama Mohammad Akmal Faramzyzam Shah Abdullah/SMK Terusan, Lahad Datu Sabah
Kedua Muhammad Amirul Haziq bin Zakaria/SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang
Ketiga Norhani Thaqifah binti Zulkifli/SMK Derma, Kangar Perlis
Keempat Qurratul Ulfah Dina binti Abdullah/SMK Mahsuri Kedah

 

Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah

KEDUDUKAN TEMPAT NAMA PEMENANG/SEKOLAH NEGERI
Pertama Nur Khairina binti Man Siew Kiong/SJKC Yuk Choi, Lahad Datu Sabah
Kedua Ahmad Alimuddin bin Abd Rahman/SK Tembak, Baling Kedah
Ketiga Naim Zulhilmi bin Zulkapli/SK Putrajaya Presint (8) 2, Presint 8 Putrajaya
Keempat Muhammad Shabil bin Shabudin/SK Methodist Parit Buntar Perak

 

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah (Kategori Deklamasi Sajak)

KEDUDUKAN TEMPAT NAMA PEMENANG/SEKOLAH NEGERI
Pertama Olevia Demius/SMK Tenom Sabah
Kedua Nur Syazwani binti Zainuddin/SMKA Sibu Sarawak
Ketiga Nuraina Sofea binti Mazlan/SM Dato’ Perdana, Bachok Kelantan

 

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah (Kategori Penyampaian Syair)

KEDUDUKAN TEMPAT NAMA PEMENANG/SEKOLAH NEGERI
Pertama Nur Dalilah Husna binti Ahmad/SMK Zon R1 Wangsa Maju Kuala Lumpur
Kedua Intan Syahidah binti Sudin/SMK Permatang Pasir, Permatang Pauh Pulau Pinang
Ketiga Muhammad Hazury Amin bin Harith Hariry/SMK Sri Jaya, Maran Pahang

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048297
    Visit Today : 615
    This Month : 30896
    Total Visit : 1048297
    Hits Today : 1545
    Total Hits : 4300591
    Who's Online : 11
  • Kategori