kaunseling komuniti

Judul              : Kaunseling Komuniti

Editor             : Fatimah binti Yusooff

Harga             : RM10.50

Tahun             : 2018

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

DALAM dunia yang semakin moden dan mencabar, kesejahteraan hidup merupakan suatu aspek yang amat dihargai, terutamanya apabila kehidupan itu kian dihimpit pelbagai konflik dan tekanan. Apabila semakin ramai yang berdepan dengan cabaran hebat ini, kaunseling dilihat sebagai suatu kaedah yang dapat memberikan jalan penyelesaian yang diperlukan oleh masyarakat. Kaunseling komuniti diterapkan bagi membantu masyarakat yang mengalami gangguan psikologi atau masalah sosial, atas pelbagai sebab, untuk mengatasi kemelut ini. Inilah isu yang diketengahkan dalam buku ini.

Kaunseling komuniti yang dipaparkan di dalam buku ini meneroka pelbagai konflik, permasalahan dan krisis yang dihadapi masyarakat awam dewasa ini. Pendekatan secara profesional diberikan dalam bentuk yang terperinci dan mudah, agar setiap pembaca akhirnya dapat menguasai dan menerapkan strategi yang digariskan bagi membantu individu yang bermasalah, agar akhirnya membuahkan kesejahteraan hidup dan komuniti.

Buku ini turut menekankan kepentingan aspek komunikasi, pengurusan stres, emosi dan krisis, serta cara untuk menanganinya. Turut dimuatkan adalah pendekatan intervensi dalam menangani krisis, kaunseling untuk kumpulan khas, yang merupakan khalayak yang berbeza daripada khalayak umum, daripada yang kurang upaya kepada mereka yang mempunyai kemahiran terhad, serta yang menghadapi masalah sosial. Pelbagai teknik khususnya dalam psikologi asas juga diketengahkan. Buku ini sangat berguna sebagai panduan oleh golongan profesional, ibu bapa, pelajar dan pendidik dalam melahirkan masyarakat yang lebih sejahtera.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1052943
    Visit Today : 1196
    This Month : 1196
    Total Visit : 1052943
    Hits Today : 5201
    Total Hits : 4323147
    Who's Online : 5
  • Kategori